
Di balik layar, Robert Pattinson mengatur langkah untuk merajai dunia horologi. Landasan seni hiburan yang dilibati olehnya menjulang nama Robert, menegapkan karisma dan kekuatan untuk terus bertahan. Kedinamikan kemajuan kerjaya sinema Robert berfokus kepada nilai artistik dan keberanian menolak dirinya terbelenggu oleh jangkaan lazim, lantas menjentik jenama Jaeger-LeCoultre untuk menyunting Robert sebagai duta global.
Jagoan dalam lapangan seni hiburan yang berani menguji melawan konvensi, daya kreativiti Robert tidak dibantahi lagi. Kerana dia celik mengangkut sesuatu karakter itu dengan penuh kedalaman, bijak menata watak menerusi skrin dan mengungkap emosi dengan baik. Seorang pelakon yang hebat, Robert tahu nuansa segala makna dalam bagian watak atau lakonan yang diketengahkan.

Menjangkau sehabis tangan, begitulah cerminan peri Robert Pattinson. Rangkuman bakat luar biasanya daripada filem-filem auteur sehinggalah cereka-cereka berskala besar dan hal ini menjadi dukungan pemilihan Robert sebagai duta global Jaeger-LeCoultre. Kedua-duanya bertumbuh serentak, menghargai revolusi dan transformasi atau sentiasa ada tafsiran baharu sebagai aspek utama dan mendekatkan kita kepada teras yang menggambarkan kejituan tidak semestinya beku.
Gandingan kolaborasi Jaeger-LeCoultre dan Robert Pattinson membangunkan kehebatan Jaeger-LeCoultre dalam melanjutkan kepersisan serta rekaan abadi. Pada masa yang sama, setujuan dengan atribut Robert. Apalagi diri Robert adalah pencinta dunia fine watchmaking dan pemaham kesenian di sebalik ciptaan, jelasnya,
“Objek yang menambat hati adalah objek yang memiliki kedalaman sebenar. Jam tangan yang hebat tidak hanya bertumpu kepada kepersisan semata, namun juga ada refleksi karakter, nilai ketukangan kraf, kisah di sebalik penciptaannya.”

Robert memandang Jaeger-LeCoultre tidak pernah terkecundang dalam menggambarkan quiet mastery. Setiap ciptaan pasti tersisip sekali integriti yang menemukan teknikal dengan ekspresi artistik dan membuktikan kesetimbalan sempurna. “Pendekatan itu sangat menarik dan menginspirasi. Something I deeply connect with in my work.”
Kolaborasi ini membabarkan halaman baharu buat Jaeger-LeCoultre, lantas memperhalus jalinan dialog Maison dengan budaya kontemporari – menerusi lensa seorang artis yang menaruh visi, daya kreativiti dan kualiti pada prinsip teras jenama tersebut. Kedua-duanya sederap melangkah dalam menajamkan firasat untuk terus memperbahrui diri.