Dua kurun lamanya menyuguhkan pengalaman ciptaan yang menyentuh bingkai keunggulan. Kemewahan yang bersahaja ini umpama ‘dicatat’ semula untuk tahun 2026, mereka semula Longines Master Collection dan bersandarkan kerelevanan.

20 tahun yang lalu, Longines Master Collection mula diperkenalkan. Kekembalian Master Collection menemukan kita kepada pelestarian rekaan yang cleaner pada case, bingkai jam yang cekung serta kejelasan pada dial. Kesetimbalan ini dilihat sebagai gagasan yang mengungguli sifat elegan Longines, mengekspresikan bingkisan yang menggambarkan rekaannya. Tersedia untuk lelaki dan Wanita, koleksi ini menampilkan rangkaian new three-hand models, moonphase chronographs dan buat julung kalinya, monopusher chronograph.
Di tengah derasnya kemodenan, Longines memilih ekspresi sofistikasi klasik yang terus menjulang statusnya. Menerusi kempen ‘Home of Elegance’, koleksi ini menghimpunkan kesemua dutanya – Ambassadors of Elegance – bersandiwara dengan latar yang menggambarkan kehalusan, keseimbangan dan mainan karakter, yang menyuasanai seting. Duta-duta ini menterjemahkan penzahiran ekspresi yang bersinggungan dengan erti keabadian gaya serta keunggulan.

Melewati vintaj, mengunjungi semula era lama dan menyalin semula dunia pembuatan jam tangan, mencerap komplikasi abad ke-20 untuk rekaan Longines Master Collection Chrono Monopusher. Namun, tafsirannya moden. Kesetaraan dibangunkan antara menegapkan citra kontemporari dengan landasan sejarah, yang jelas terpamer menerusi ilham yang dikutip daripada Longines 1911 kronograf pertama dipakai pada pergelangan tangan. Jam tangan yang dilengkapi sarung keluli tahan karat 41mm ini menampilkan single pusher yang bergabung padan dengan crown, membolehkan kelancaran fungsi-fungsi seperti start, stop dan reset.

Dial jam tangan ini pula tersedia dalam kemasan perak opalin serta blue frosted barleycorn, dengan butiran subdial bercorak snailed, angka-angka Arab dan skala perimeter pulsometer. Pergerakan mekanikal manual terdapat pada bahagian dalamannya, dengan column wheel dan spring silikon yang kalis magnet, menyediakan rizab kuasa selama 68 jam. Tali jam tangan ini hadir dengan material kulit berona perang serta pengancing yang disempurnakan aspek kebolehsesuaian triple-folding safety. Lantas menjanjikan keselesaan ergonomik.

Apa pula yang terkandung dalam Master Collection Chrono Moonphase? A signature complication of the brand. Identiti terbela, mengukuhkan status sebagai ikon keunggulan. Hadir dalam rekaan sarung keluli tahan karat 41mm, jam tangan ini dikuasakan oleh self-winding calibre L687.5 dengan spring silikon yang membenarkan rizab kuasa selama 66 jam. Perincian seperti dialnya memperlihatkan kefungsian teknikal dengan penyempurnaan moden, diperkaya lagi oleh motif barleycorn yang bermain dengan jalinan cahaya. Ukiran snail memperkemaskan lagi subdial dan cincin dial yang menampilkan butiran semburan pasir, untuk menampakkan tekstur.

Angka-angka Arab dipadukan dengan jarum keluli berona biru, bagi memastikan keterbacaan yang jelas dan ada kehalusan dari segi tafsirannya tentang keseimbangan. Kristal nilam menjadi bahan yang menyempurnakan rekaan sarung dengan saduran antipantulan di bahagian kedua-dua sisinya. Rekaan crown pula diukir logo ikonik jam pasir bersayap. Bahagian pergerakan jam tangan boleh dilihat menerusi rekaan caseback nilam lutsinar dengan daya ketahanan air sedalam 30 meter.
Pilih antara gelang keluli tahan karat atau tali kulit biru, kedua-duanya dilengkapi pengancing keselamatan tiga lipatan. Berakar daripada warisan Longines menerusi jam poket awal abad ke-20, Chrono Moonphase merupakan interpretasi moden terhadap seni pembuatan jam tangan klasik Switzerland – diperhalusi, seimbang dan tidak lapuk dek zaman.