LANGGAN

Larian lebih pantas, jauh dan selesa dengan Skechers!

Selami tiga reka bentuk kasut Skechers baharu yang melakuri kepantasan dan keselesaan dalam larian.
Published: June 13, 2025

Skechers seringkali disinonimkan sebagai perintis dalam teknologi kasut sneakers. Dengan pengenalan tiga model canggih baharu, The Comfort Technology Company itu terus menanda aras dalam mencipta kasut larian yang inovatif sambil mengekalkan prestasi terbaik.

Tiga koleksi AERO baharu untuk lelaki dan wanita.

Butiran Yang Kecil, Impak Yang Besar oleh Skechers

SKX® AERO Spark, SKX® AERO Burst, dan SKX® AERO Tempo dicipta dengan teknologi maju hak milik Skechers. Terdapat banyak ciri-ciri baru termasuklah HYPER BURST ICE, Hyper Burst®, Arch Fit®, plat sayap yang diselitkan dengan karbon, dan tapak luar Goodyear® Performance. HYPER BURST ICEmenggunakan teknologi dual-density Hyper Burst® untuk larian yang lebih lembut dan lebih stabil. Teknologi Arch Fit® yang diiktiraf oleh pakar penyakit kaki ini pula memberikan sokongan sepenuhnya kepada lengkungan kaki. Ciri-ciri ini jelas membuktikan bahawa reka bentuknya dijadikan khas untuk penggemar larian— menjaminkan kelajuan, kestabilan, dan keselesaan sepanjang hari.

Teknologi Hyper Burst® Dinaiktaraf Dengan Dual-Density

Teknologi Hyper Burst® pada pangkalnya diperkenalkan oleh Skechers pada tahun 2019, dan merupakan ciptaan busa tapak tengah yang paling ringan dan tahan lasak. Ia memberikan impak yang cukup besar bagi industri kasut. Proses foaming rumit itu akhirnya dinaiktaraf sekali lagi enam tahun kemudiannya, sejajar dengan motto mereka untuk GO LIKE NEVER BEFORE®.

Kasut-kasut ini direka menggunakan 100% bahan vegan, menjaminkan produk yang cruelty-free. Setiap reka bentuk disediakan dalam dua warna, sesuai untuk lelaki mahupun wanita. Harga bermula daripada RM659, Skechers SKX® AERO Burst and SKX® AERO Spark boleh didapati di kedai Skechers eksklusif seperti The Exchange TRX, 1 Utama Shopping Centre, Suria KLCC, Pavilion KL, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, dan Sunway Pyramid. Boleh juga didapati diatas talian di laman sesawang Skechers.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down