Sejak melancarkan labelnya di Kuching pada tahun 2020, pereka muda berasa dari Borneo ini dikenali untuk seni jahitan structural dan interpretasi segar terhadap sut maskulin. Selebriti terkenal seperti Bretman Rock, Bright Vachirawit, JJ Lin dan Yuna pernah menyarung rekaan eksklusifnya, langsung membuktikan bahawa Dickson Lim mampu menembusi pentas global.
Cool. Rebellious. Fluid. Itulah semangat Phyn Studio, label kontemporari rekaan Phoenix Tan yang mengaburkan garis jantina dengan penuh yakin. Dari jaket biker reflektif Papillon hinggalah ke seluar baggy yang slouchy, setiap helaian memberi nafas baharu pada streetwear dengan attitude effortlessly cool.
Shals KL mempersembahkan debut “Coming of Age” mereka di KLFW 2024 melontar imej “Corporate-Core” yang diperhalusi, menggabungkan blazer struktur, double pleats dan palet rona tenang diseru dengan cherry red berani. Pengarah Kreatif, Shalma Ainaa, menyuntik setiap helaian menswear Shals berfokuskan fleksibiliti dan versatiliti, mudah dipadankan untuk kerja, acara malam mahupun santai hujung minggu.
Futuremade Studio adalah jenama streetwear kontemporari dari Malaysia yang menggabungkan elemen budaya, gaya hidup dan pengembaraan urban. Direka bukan hanya untuk dipakai, tetapi untuk membuka peluang gaya hidup baharu. Diasaskan oleh Tunway, jenama ini berkembang daripada merupakan sebuah projek universiti kepada jenama yang semakin menginjak naik, melalui kreativiti dan fesyen utilitarian yang versatil.
Good Times Wear menggabungkan rekaan timeless dengan craftmanship yang tinggi. Setiap helaian direka untuk tahan lama, versatil untuk gaya hidup kota, tahan lasak untuk alam semula jadi. Gaya tanpa kompromi, diinspirasikan oleh kelestarian dan fungsi. Good Times bukan sekadar fesyen, ia gaya hidup lelaki moden.
Jenama yang berasal dari Pudu, Kuala Lumpur, Against Lab membawa semangat jalanan yang berani dan penuh gaya. Setiap rekaan mencerminkan budaya tempatan, seni dan sikap tanpa kompromi. Dari grafik berani hingga kolaborasi luar jangkaan, jenama ini sentiasa tampil segar dan lantang.