Cannes 2025 menjadi tempat berkumpul pemain filem global dalam menjual hasil karya mereka selain berentap untuk dijulang sebagai filem terbaik. Di karpet merah ceritanya berbeza, busana mewah disempurnakan dengan aksesori jam tangan mewah. Siapa yang paling menawan?
Cukup bergaya dengan Rolex Day-Date 40 yang diperbuat daripada emas putih 18 karat. Dail paparan perak bertatahkan berlian dengan 10 batu permata potongan baguette, bezel beralur dan gelang President yang bergaya. Kemasannya yang berkilau memantulkan cahaya dengan menawan, manakala bezel ikoniknya menggabungkan warisan penjenamaan dengan sesuatu yang glamor.
Dalam gaya cukup sofistikated, aktor Patrick Schwarzenegger sempurna dalam gaya dengan L.U.C Heritage Grand Cru—seutas jam tangan mewah yang diperbuat daripada emas putih beretika 18 karat dan dihiasi dengan berlian, simbol elegan moden yang tidak berkompromi dalam nilai dan gaya.
Rocky menyerlah dengan pilihan High End Monete Watch daripada Bvlgari. Disempurnakam dengan aksesori pelengkap cincin dan kerongsang juga daripa koleksi High Jewelry.
Tramell Tillman hadir cukup bergaya dengan sut putih bersama jam tangan daripada Jaeger-Lecoultre di karpet merah Cannes tahun ini. Aktor ini menyarung Reverso Tribute Small Seconds dalam rona emas mawar. Dia hadir bagi tayangan filem Mission Impossible - The Final Reckoning.