LANGGAN

Pemberian Istimewa Hari Bapa Bersama Coklat Gelap Venchi

Coklat gelap yang memberi makna kasih sayang mendalam— Venchi membantu anda membawa kegembiraan Itali sempena Hari Bapa.
Published: June 15, 2025

9 jenis coklat gelap yang unik

Hari Bapa kini lebih istimewa dengan kempen baharu Venchi! Sejak 1878, jenama Itali ini telah menguasai seni pembuatan coklat yang kaya dan elegan. Ini termasuklah dengan jenis coklat gelap 85%, coklat 77% aromatik dengan nota rempah yang halus, dan coklat 69% bunga caramel-kissed.

Coklat gelap berperisa unik yang boleh didapati dalam 9 jenis.

Pemilihan bahan coklat yang premium

Bahan-bahan coklat yang dijaring dengan teliti merupakan jarak pemisah terbesar bagi coklat Venchi berbanding jenama lain. Pengikutan prinsip diet Mediterranean tipikal yang tidak diproses seperti penggunaan gula tebu mentah menciptakan coklat yang enak tetapi seimbang. Semua jenis coklat juga adalah bebas gluten secara semula jadi dengan pelbagai pilihan mesra vegan yang tersedia.

Coklat berperisa untuk pelbagai karakter

Pembungkusan setiap bar coklat Venchi semua sangat premium! Sesuai untuk dijadikan hadiah Hari Bapa, sama ada secara sendiri mahupun di dalam pakej seperti hamper. Setiap jenis coklat juga boleh dinafsikan mengikut jenis karakter bapa— seperti coklat 85% untuk bapa yang berpersonaliti kuat, manakala coklat 69% untuk bapa yang berpersonaliti memupuk. Tidak dilupakan, rasanya yang pahit-pahit manis sangat sesuai untuk dipadankan dengan kopi dan teh, jadi boleh dikongsikan ketika masa minum teh bersama keluarga. Hari Bapa kini boleh disambut dengan lebih sentimental dan semestinya lebih special!

Coklat gelap Venchi yang enak dihidang bersama kopi.

Pemilihan coklat lebih mampan

Selain daripada rasa coklat yang cukup eksklusif, penting juga diketengahkan bahawa Venchi menekankan amalan mampan dalam pembuatan coklat gelap mereka. Kempen-kempen oleh jenama Itali ini seperti sifar sisa makanan, penggunaan tenaga optimum, coklat diiktiraf RFA, pengurangan penggunaan plastik dan pengurangan karbon menjadikan ia pilihan ideal bagi pengguna, terutamanya untuk Hari Bapa.

Lebih daripada sekadar coklat, ia juga adalah sajian dari hati. Mana-mana enam bar coklat gelap Venchi boleh didapati pada harga RM350 dengan potongan harga RM40. Promo berjalan sekarang sehingga 15 Jun. Jadikan Hari Bapa kali ini luar biasa dengan sentuhan coklat premium Itali yang penuh kasih sayang.

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down