LANGGAN

Ryohei Suzuki Duta Global King Seiko

Maskulin dan attitude.
Published: July 24, 2025
Wajab baru jenama King Seiko, Ryohei Suzuki.

Jenama horologi dari Jepun, Seiko menamakan pelakon ternama Ryohei Suzuki sebagai duta jenama global baru bagi King Seiko. Ryohei Suzuki cukup dikenali dengan pelbagai bidang seni di Jepun dan di peringkat antarabangsa sentiasa menghadirkan keterujaan baru.

Semangat eksplorasi yang mendalam serta falsafah yang membimbing beliau dalam berkarya amat selari dengan nilai-nilai yang didukung oleh King Seiko, sekali gus membawa kepada pelantikan beliau sebagai duta global jenama ini.

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 1972, siri VANAC menyerlah dengan palet warna yang berani dan rekaan kotak jam yang tajam serta bersudut. Kini, lebih setengah abad diperkenalkan, siri ini kembali diolah semula sebagai ekspresi moden yang mendefinisikan versi asalnya.

Pemilihan Ryohei Suzuki bertepatan dengan kredibiliti yang dimiliki dan estetika jenama ini. Dilahirkan pada 29 Mac 1983 di Nishinomiya, Wilayah Hyogo. Dia kini membintangi filem berjudul City Hunter terbitan Netflix yang sedang ditayangkan. Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah berprestij di peringkat antarabangsa, termasukThe 7th Asian Academy Creative Awards 2024 dan New York Asian Film Festival 2023. Antara filem lakonan Ryohei Suzuki adalah "City Hunter", "Egoist" dan "Worst to First".

Topics: , ,
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down