LANGGAN

Babak Seterusnya Untuk Chopard ? Di Pavilion Kuala Lumpur

Identiti Malaysia diketengahkan, menyemat kebanggaan.
Published: November 13, 2026
Chopard

Berantara dalam kerepotan kota Kuala Lumpur, terbangun satu ‘rumah’ yang memesrai kedatangan pengunjung – yakni pembukaan butik baharu Chopard, yang berlokasi di Pavilion Kuala Lumpur. Datang dengan hati untuk mengenal, butik ini berpandu kuat pada pendirian intimacy serta keakraban emosi. Kesengajaan rekaan dalaman yang memimik atmosfera sebuah kediaman, bermisi untuk menyenangi pengunjung dan keterbukaan menerima kedatangan. 

Inilah babak baharu Chopard. Menganyam kemewahan dalam keperibadian rasa. Ia tidak dibina untuk menyisihkan pengunjung, sebaliknya mencerminkan ilusi rumah yang tersergam indah di tengah-tengah Kuala Lumpur. 

Chopard

Butik Chopard yang baharu diperkenalkan secara rasmi bulan November ini mengadaptasi konsep keintiman dalam setiap pojoknya. Tawaran khidmat peribadi serta lounge peribadi yang membenarkan pengunjung-pengunjung untuk mencermati setiap produk tanpa perlu ditekankan oleh waktu. 

Secebis keindahan binaan butik baharu ini beragaman ke ekspresi rekaan Maison, bersebati dengan sentuhan tempatan dan mewujudkan asimilasi dengan budaya Malaysia serta warisannya.

Chopard dan tafsiran Malaysiana berpadu

Apa yang mengunikkan pengalaman kunjungan ke butik baharu Chopard ? Rujukan budaya tempatan dan ilham semula jadi yang melambangkan kekentalan identiti Malaysia. Lihat pada hiasan dinding-dindingnya. Kemasan sisal yang diperoleh daripada artis-artis lokal memperindah ruangnya. Tekstur-tekstur luar biasa berjalin dengan benang-benang berkilau yang mereplikakan kualiti Songket Melayu, bagi menterjemahkan kesinoniman penggunaan benang-benang metalik dalam menghidupkan kehalusan tekstil Songket. 

Motifnya malah mencerminkan kekayaan warisan Malaysia. Tekstur kemasan dindingnya yang menyerupai sisik umpama menjelmakan suatu irama, menggambarkan fauna tropika negara Malaysia dan manakala refleksi ikan pada permukaan pula mentafsirkan renangan ikan di gugusan pulau-pulau Malaysia. 

Chopard

Sudut lounge butik baharu Chopard turut diperelok dengan motif laksana batik. Kemasan dindingnya dihiasi tirai latar linen yang dikutip daripada inspirasi tekstil abad ke-19 yang bercetakkan blok – gambaran taman puspa sarat dengan flora dan fauna, lantas menyemat karakter pada keseluruhan seting butik ini. 

Dalam menjejaki ruang-ruang butik Chopard, antara yang menjadi konsentrasi adalah objek dekorasi yang sumbernya didapatkan secara lokal. Seperti arca Malayan Tiger, yang merupakan simbol signifikan budaya Malaysia diletakkan sebagai hiasan utama. Butiran ini bukan sekadarkan menguatkan, bahkan mendukung tinggi martabat perca identiti Malaysia dan sekali gus terwujud suatu pertalian yang rasa dekat dengan hati kita. Merenda dialog yang mengintegrasikan ketukangan kraf, dengan budaya dan semula jadi. 

Kata Karl-Fritz Scheufele, Ketua Pegawai Staf Haute Horlogerie, “Chopard mempunyai sejarah hubungan yang erat dengan Malaysia, dan berbesar hati mengalu-alukan sahabat setia Maison ini serta generasi baharu untuk mengenali dunianya. Berteraskan semangat kekeluargaan, kreativiti, kemahiran artisan dan teknologi terkini, Chopard terus menjunjung ketelitian seni pertukangan, inovasi serta tradisi.”

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down