LANGGAN

Casio Vintage x A.P.C Dilancarkan dan Inilah Jam Tangan Mesti Dimiliki Bulan Ini

Tersedia dalam dua rona - emas dan perak, dengan dial hijau gelap!
Published: November 16, 2026

Merua luas. Barisan himpunan CASIO VINTAGE berkembang, beranjur ke alam kolaborasi baharu dan menemukan kita kepada perpaduan tenaganya bersama A.P.C – memperkenalkan dua rangkaian AQ-240EAC dan AQ-240EGAC. 

casio vintage

Citra Casio Vintage x A.P.C

Cakupan vintaj Casio mencerminkan kekembalian kita kepada apresiasi terhadap kelamaan. Kamera analog menjadi item mesti dimiliki, telefon bimbit lipat disenaraikan sebagai telefon pintar masa kini dan kebanyakan orang sudah mula menulis jurnal. Aspek vintaj membenihkan dinamik baharu yang memintas dalam ranah kehidupan kita. Dan, keserupaan konsep ini turut ‘bertempias’ ke dunia horologi. 

Casio mengekor trend sama, lantas muncul permintaan buat Casio Vintage. Kali ini, wujud dialog yang berjalinan antara Casio Vintage dengan A.P.C, menampilkan rekaan timeless dan sesuatu yang distingtif. Sifat minimal Paris bertemu retro. Kolaborasi ini meneladani rakaan AQ-240, jam tangan analog-digital yang mengintegrasikan citra retro dengan paparan yang mudah dibaca. 

casio vintage
Jam tangan Casio Vintage x A.P.C berona emas, berharga RM 599

Rangkaian Casio Vintage x A.P.C terbahagi kepada dua rona utama : kemasan berona emas dan rona perak yang disempurnakan dial hijau gelap. Setiap jam tangan ini dilengkapi kemasan sunray, butiran penjenamaan serta menerbitkan karakter Casio serta A.P.C. Bentuk sarung jam tangannya adalah bucu membulat, yang sememangnya memimik rupa Casio Vintage. Kesederhaan pada ketrampilan yang menyirat kepraktisan, bersingggungan dengan sebagaimana falsafah jenama A.P.C. 

Jam tangan ini menyuguhkan identiti A.P.C dengan kemunculan logo A.P.C pada bahagian dial serta pada bahagian gancu jam tangan, manakala motif gitar dan belati pada bahagian belakang sarung. 

casio vintage
Logo jenama A.P.C pada gancu jam tangan

Berpadanan dengan pengenalan Casio Vintage x A.P.C, interaksi ini menjentik Kersti Jan Werdal untuk menggarap dan mengarah sebuah cereka yang mengialkan kita tentang hakikat waktu. Mempersembahkan cereka yang berjudul ‘A Day With A.P.C and Casio’, yang memenangkan tema untuk memperlahankan diri, menerusi pergerakan tangan serta pergelangan tangan sementelahan pameran waktu di setiap sudut bingkai. 

Babak-babak yang terkadnung dalam cereka ini adalah, pabila jam menunjukkan jam 10.50 pagi, jari bertumpu kepada ikan di atas ais. Pada jam 12.55 tengah hari, tangan terlihat mencapai laci yang penuh kutleri perak. Pada jam 1.55 petang, pergelangan tangan ‘berehat’ di atas terminal pembayaran. Kemudian, bila jam menunjukkan masa 2.15 petang, tangan sedang mengambil buah merah dan pada jam 3.00 petang, terlihat dua pergelangan tangan berkongsi meja di kafe. 

Topics: ,
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down