Jenama gaya hidup aktif, lululemon memperkenalkan kempen terbaharu yang mengangkat tema ‘Stretch Your Limits’. Ia merupakan satu penghormatan yang penuh kekuatan terhadap potensi manusia, ketabahan, dan prestasi. Lebih istimewa, di tengah-tengah kempen ini adalah kolaborasi kedua bersama pelakon terkenal Korea Selatan dan duta jenama, Park Seo-jun. Kerjasama ini terus memperkukuh hubungan autentik bersama lululemon dan nilai-nilainya.
Selain Park Seo-jun, kempen kali ini turut menampilkan Haram Bae. Merupakan jurulatih CrossFit dan model kecergasan, dia juga adalah duta lululemon untuk butik Myeong-dong Timewalk. Mereka berdua mewakili semangat mencabar sempadan dan menginspirasi orang lain untuk berkembang melalui pergerakan.
Antara nama yang paling terkenal dalam K-drama, Park Seo-joon banyak melakonkan watak-watak yang cukup ikonik. Antara karakter yang menjadi kegemaran ramai termasuklah dari siri Netflix, ‘Gyeongseong Creature’ dan filem ‘The Marvels’ dari Marvel Studios. Bintang berusia 36 tahun itu turut dikagumi ramai kerana dedikasinya terhadap aktiviti larian, kalistenik, dan angkat berat. Dia memberikan komitmen terhadap pergerakan yang mencerminkan intensiti dan semangat yang dibawa dalam setiap lakonannya.
“Saya teruja untuk berkongsi kelengkapan kegemaran saya bersama anda. Sebagai seseorang yang sentiasa aktif, saya bergantung pada produk lululemon yang serba boleh untuk menyokong gaya hidup saya — sama ada ketika berlatih, mengembara, atau menjalani kehidupan harian,” kata Park Seo-jun.
Kempen baharu ini menampilkan Pace Breaker Shorts, antara produk utama dalam rangkaian lelaki lululemon. Diperbuat daripada fabrik Swift™ yang ringan, seluar ini memberikan pengaliran udara yang sangat baik dan regangan pelbagai arah. Lantas, menyokong pergerakan dalam semua situasi, sama ada ketika bersenam atau dalam rutin harian.
Turut diketengahkan ialah koleksi Metal Vent Tech yang direka dengan struktur tanpa jahitan bagi mengurangkan geseran dan gangguan. Teknologi Silverescent™ yang dikuasakan oleh X-STATIC® membantu menghalang pembiakan bakteria penyebab bau. Ia akan memastikan pemakai kekal segar dan fokus sepanjang senaman.
‘Stretch Your Limits’ bukan sekadar sebuah kempen. Ia adalah satu gerakan. Dengan Park Seo-un dan Haram Bae sebagai pencetus inspirasi, lululemon mengajak semua untuk meneroka potensi diri untuk berani melangkaui batas.