Putrajaya Marriott Hotel baru-baru ini menawarkan satu aktiviti gaya hidup paling intim mereka, iaitu An Equestrian Journey bersama Faizal Tahir. Ia merupakan pengalaman eksklusif yang mempertemukan alam semula jadi dan sukan aktif menjadi lebih bermakna dalam suasana yang penuh ketenangan serta berinspirasi.
Acara hujung minggu ini menampilkan ikon muzik tanah air, Faizal Tahir, dalam suasana yang jauh dari pentas konsert. Beliau memulakan perjalanan sukan berkuda di MAEPS Rubinga Equestrian Center yang damai dan penuh kehijauan. Di sini, para tetamu berpeluang menyertai rutin peribadi Faizal bersama kuda. Aktiviti termasuk menyikat, memberi makan dan membina ikatan bersama haiwan yang menjadi sumber ketenangan dalam hidupnya sejak sekian lama.
“Saya selalu temui ketenangan bila bersama kuda, tapi ini kali pertama saya berkongsi sisi diri saya dalam suasana seperti ini… Marriott Bonvoy Moments benar-benar membuka ruang untuk kita berhubung atas sesuatu yang nyata,” ujar Faizal Tahir.
Selain aktiviti berkuda, para tetamu turut menikmati penginapan di Bilik Deluxe Pool View yang telah dinaik taraf, serta sajian brunch istimewa di Zest Lifestyle Restaurant yang mengetengahkan menu moden berinspirasikan rasa tempatan. Pemberian sambutan istimewa, layanan peribadi dan masa lapang tanpa jadual ketat menambahkan sentuhan eksklusif sepanjang hujung minggu tersebut.
Aktiviti ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan Putrajaya Marriott Hotel. Matlamatnya ialah untuk mengetengahkan pengalaman yang berpaksikan budaya tempatan, komuniti dan keterlibatan tetamu secara mendalam. Kempen awal melalui laman rasmi berjaya menarik minat ahli Marriott Bonvoy. Mereka mencari percutian eksklusif yang penuh dengan nilai dan dapat mengisi masa lapang.
Putrajaya Marriott Hotel komited untuk terus mencipta detik-detik seperti ini dengan menampilkan personaliti tempatan, destinasi unik dan pendekatan imersif yang menjangkaui layanan hospitaliti biasa.