Meliputi hampir tiga perempat daripada permukaan bumi dan menjadi habitat kepada kekayaan biodiversiti, laut merupakan nadi yang menghidupkan planet kita. Namun begitu, hari ini hanya lapan peratus daripada lautan yang dilindungi. Dengan suhu lautan yang semakin meningkat dan mengancam ekosistem yang rapuh, seruan untuk bertindak tidak pernah lebih mendesak. Atas kesedaran ini, lebih 100 negara telah berikrar untuk melindungi 30 peratus lautan menjelang tahun 2030. Namun, merealisasikan janji tersebut menuntut tekad bersama serta penerokaan yang inovatif.
Dengan semangat ini, Rolex dan National Geographic Society meneruskan kerjasama jangka panjang mereka melalui Perpetual Planet Initiative, memulakan pelayaran selama dua tahun yang merentasi lima lembangan lautan utama dunia. The Rolex and National Geographic Perpetual Planet Ocean Expeditions menghimpunkan pasukan global yang terdiri daripada penjelajah National Geographic, saintis, pencerita dan komuniti setempat untuk menyelami kedalaman lautan dan menyingkap peranan pentingnya dalam menyokong kehidupan di bumi.
Selama hampir satu abad, Rolex telah berdiri teguh di sisi perintis yang mengangkat potensi manusia. Dahulu hanya tertumpu kepada penerokaan semata-mata, visi Rolex kini berkembang untuk memelopori usaha pemuliharaan alam sekitar. Dilancarkan pada tahun 2019, Rolex Perpetual Planet Initiative kini merangkumi lebih 30 rakan kerjasama di mana Rolex menyokong penjelajah, saintis dan inovator yang berusaha membina masa depan yang lebih sihat untuk semua.
Ia juga merangkumi Anugerah Rolex yang telah menyokong individu yang menerajui projek inovatif selama hampir 50 tahun. Inisiatif ini memberi tumpuan kepada tiga bidang utama: Lautan, Landskap, serta Sains, Kesihatan dan Teknologi.
Buat kali ini, The Rolex and National Geographic Perpetual Planet Ocean Expeditions dilancarkan dengan misi untuk memperdalam pemahaman tentang Lembangan Sherman di Lautan Artik, terutamanya
kepelbagaian bio dan ketahanannya terhadap perubahan iklim. Bekerjasama dengan komuniti Gjoa Haven, para penyelidik menggabungkan oseonografi dengan pengetahuan tradisional bagi menyokong keselamatan makanan dan ketahanan komuniti Artik. Penemuan yang dibuat semasa ekspidisi ini mungkin dapat memaklumkan usaha perlindungan kawasan Artik lain yang sedang berubah. Menghala ke selatan, ekspedisi ini meneroka Lautan Selatan yang terpencil. Dengan kerjasama Schmidt Ocean
Institute dan keupayaan kapal canggih 110-meter global ocean class mereka, R/V Falkor (too) , para penjelajah mendedahkan ekosistem tersembunyi serta memaklumkan usaha pemiliharaan yang penting untuk mengekalkan kesihatan planet.
Di Lautan Hindi, Seychelles bakal menjadi tuan rumah kepada ekspedisi laut dalam pertama yang diketuai secara tempatan. Di sini, National Geographic Explorers bersama komuniti nelayan tempatan akan menggunakan kamera laut dalam yang direka khas untuk mendokumentasikan kawasan perikanan utama, sekali gus memaklumkan amalan pengurusan lestari dan membantu memelihara sumber marin yang penting.
Di Rarotonga, Lautan Pasifik, pendekatan baharu diperkenalkan untuk mengukuhkan daya tahan terumbu karang terhadap suhu laut yang semakin meningkat, meletakkan asas kepada usaha pemulihan terumbu pada masa hadapan.
Sementara itu, di Lautan Atlantik, ekspedisi ini akan memetakan data perairan yang masih belum diteroka di sepanjang pantai Gambia. Dengan paras laut yang semakin meningkat dan air masin yang memusnahkan tanah pertanian, komuniti Bintang Balong di Gambia semakin mederita. Kesihatan ekosistem hutan bakau menjadi kunci kepada keselamatan makanan dan kelangsungan komuniti pesisir. Dengan mengungkap rahsia dan kerentanan lautan, misi ini menawarkan pandangan penting bagi memandu usaha pemuliharaan global serta menginspirasikan tindakan mendesak demi generasi akan datang.