LANGGAN

DJI Osmo 360: Merakam Getaran Kota New York Dari Setiap Sudut

Revolusi Kamera Panorama 360°
Published: September 26, 2025

Dari Brooklyn Bridge ke Times Square dan juga pementasan New York Fashion Week, Pengarang Fesyen, Muzammin Muzlan merakamkan pengalaman di sekitar kota New York dengan menggunakan DJI Osmo 360 terbaharu. 

new york

New York bukan sekadar ibu kota fesyen Amerika Syarikat. Ia adalah sebuah kota metropolitan yang bernafas dalam ritma stail, seni dan tenaga urban. Bersempena dengan New York Fashion Week kali ini, saya berpeluang untuk merakamkan pengalaman di sekitar kota New York dengan menggunakan DJI Osmo 360 yang terbaharu. 

Teknologi Bertemu Estetika

Direka untuk dunia yang hidup dengan visual, Osmo 360 membuktikan bahawa dokumentasi kembara dan acara fesyen kini tidak lagi terhad kepada sudut lurus kamera tradisional. Ia menampilkan sensor berkuasa tinggi dengan kestabilan gimbal yang hampir sempurna, menghasilkan rakaman yang smooth walaupun di tengah-tengah kesibukan Manhattan. Dengan menampilkan 1-inci 360° imaging sensor, ia direka khas untuk kamera panorama yang akan memberikan rakaman imej lebih dinamik. 

Untuk video pula, Osmo 360 merupakan kamera panorama yang pertama dengan rakaman native 8K 360° video dengan solusi tertinggi 8K/50fps. Walaupun dalam pencahayaan yang terhad, ia memberikan persembahan yang terbaik terutamanya pada waktu malam. 

Pengalaman Digital Baharu

Melangkah ke sekitar kota New York, saya merasakan kamera DJI ini sangat ringan untuk dibawa dan cukup mudah untuk digunakan. Saiznya pula kecil dan hanya seberat 183 gram. Paling utama, kuasa baterinya yang dipertingkatkan sehingga 100 minit dalam resolusi tertinggi.  

Dengan rakaman panorama penuh, setiap detik ketika saya menghadiri persembahan koleksi Alice + Olivia dapat dirakamkan dalam perspektif 360 darjah. Pastinya setiap perincian dalam dirakamkan sepenuhnya dari semua arah. Kilauan fabrikasi, tekstur kulit, hingga langkahan model yang penuh keyakinan. Semuanya dalam dirakam dalam satu bingkai yang menyeluruh. Kelebihannya bukan sahaja pada teknikal, tetapi pada bagaimana ia mampu menangkap mood fesyen itu sendiri. 

Simbol Gaya Hidup Moden

Lebih daripada sekadar gajet, DJI Osmo 360 menjadi aksesori gaya hidup dan kembara yang sempurna. Ia melengkapi gerobok lelaki mahupun wanita urban yang tidak hanya ingin melihat dunia, tetapi ingin merekodnya dalam bentuk paling autentik. Di New York, kota yang sinonim dengan inovasi dan gaya, Osmo 360 berdiri sebagai simbol pertembungan antara teknologi dan fesyen.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down