LANGGAN

5 Pilihan Podcast Lelaki Era Kini

Dalam kesibukan kehidupan, perlunya untuk memanfaatkan masa lapang dengan hiburan halwa telinga penuh informasi.
Published: September 23, 2025

Budaya mendengar podcast dilihat masih mempunyai pengikutnya di kalangan rakyat Malaysia hari ini. Ia dilihat menjadi antara medium hiburan dan informasi yang digemari ramai. Khususnya golongan urban yang ingin terus peka dengan isu semasa, karenah gaya hidup dan sembang santai. Sama ada ketika memandu, bersenam atau bersahaja di rumah, berikut lima podcast era kini yang patut anda cuba dengarkan sekarang.

BorakLAH

Hos: Bryan, Hans & Prakash
Platform: YouTube & Spotify

BorakLAH merupakan sebuah podcast santai dan menarik yang menggali ke dalam dunia streetwear, dihoskan oleh tiga rakan baik. Mereka adalah Bryan Chin (Pengasas SneakerLAH), Hans Abdullah (Ahli Muzik / Peminat Streetwear) dan Prakash Daniel (Pelawak). Setiap episod adalah perbualan di mana ketiga-tiga hos berkongsi pandangan mereka tentang seni streetwear, trend terkini dan kehidupan secara amnya. Rancangan ini turut menampilkan ramai tetamu istimewa yang membincangkan perjalanan dan kerjaya peribadi mereka. Selain itu podcast mereka berjaya menghasilkan perbualan yang mendalam dan menghiburkan merangkumi topik serius dan santai secara seimbang.

Sit Down Podcast

Hos: Ming Han & Ming Yue (The Ming)
Platform: Apple Podcasts & Spotify

Episod podcast mereka dikaitkan dengan nama Ming merujuk kepada duo adik-beradik Ming Han dan Ming Yue dikenali sebagai The Ming. Ia merupakan podcast berunsur hiburan yang disifatkan sebagai "unhinged" dan penuh cerita lucu serta nasihat yang diselingkan bersama. Selain itu, dalam beberapa episod dan tetamu ia lebih kepada topik gaya hidup seperti kembara, cinta dan penambahbaikan diri. Kedua-duanya boleh didengari di platform seperti Apple Podcasts dan Spotify.

Mamak Sessions

Hos: Jinnyboy
Platform: YouTube & Spotify

Mamak Sessions oleh Jinnyboy mengekalkan elemen santai dan semangat lepak di mamak yang begitu sinonim dengan budaya rakyat Malaysia. Dengan tagline 'your regular average Joes chilling out at a mamak talking about what’s up!' ia berkonsep perbualan ringan harian. Antara episod menarik termasuk temubual dengan personaliti antarabangsa seperti IShowSpeed dan perbincangan tentang kenapa 'Subang people never leave Subang?'. Topik viral seperti 'how to make a million without trying!' juga pernah mencecah lebih 12 juta tontonan di YouTube. Pendekatan mesra dan lokal menjadikan Mamak Sessions satu pengalaman audio visual yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Malaysia Kumar Podcast

Hos: Kumar
Platform: Spotify

Malaysia Kumar Podcast yang dikendalikan oleh Kumaresan Subramaniam merupakan gabungan unik antara humor, kebijaksanaan dan elemen budaya Tamil yang segar. Disampaikan dalam bahasa Tamil dengan selingan Bahasa Inggeris, podcast ini membawa pendengar menyelami kisah-kisah lucu, fakta mengejutkan tentang kehidupan. Setiapnya membualkan isu harian hinggalah topik luar biasa, semuanya disampaikan dengan gaya "nakkal" yang mencuit hati. Antara episod yang mencuri perhatian termasuk topik sensitif pedofilia dan perbincangan hangat bertajuk 'Does Every Kid Need a Degree?'. Ia yang membuka ruang diskusi tentang sistem pendidikan dan tekanan sosial. Jika anda inginkan hiburan yang mencuit hati sambil membuka minda, podcast ini pasti kena dengan selera. "Naa ready, neenge ready ah?" sebagai taglinenya.

Podcast Lelaki

Hos: Faizul Ridzuan
Platform: Spotify

Podcast Lelaki yang dikendalikan oleh Faizul Ridzuan bukan sekadar ruang sembang kosong. Ia merupakan medan pendedahan sisi gelap, realiti tersembunyi dan dilema sebenar yang dialami oleh lelaki moden. Dengan pendekatan berani dan tanpa filter, Faizul mengupas isu-isu jarang dibincangkan daripada tekanan hidup, kewangan, maskuliniti hinggalah soal identiti lelaki. Antara tetamu yang pernah diundang termasuk nama-nama besar seperti Farid Kamil yang berkongsi sisi peribadi dunia glamor. Selain itu, perjuangan sebenar Datuk Jake Abdullah, bekas CEO Astro Radio yang membicarakan kepimpinan dan cabaran industri turut dibawakan. Akmal Old Money yang membincangkan soal kelas sosial, elitisme dan cara lelaki menavigasi dunia yang kompleks turut pernah dibawa. Disiarkan di Spotify, Podcast ini sesuai buat mereka yang inginkan perbualan jujur dan membuka mata tentang cabaran lelaki.

Budaya mendengar podcast bukan sekadar trend sementara. Ia adalah gaya hidup yang membentuk cara lelaki moden berfikir, berhibur dan berkembang. Dengan pelbagai pilihan yang ada hari ini, anda hanya perlu cari yang paling kena dengan jiwa dan terus plug in!




Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down