Kali pertama menjejakkan kaki ke Aurum Theatre, khususnya Maybank Comfort Cabin di The Gardens Mall, rasa teruja itu begitu nyata. Ingin sekali merasai sendiri perbezaannya berbanding teater biasa yang sering dikunjungi untuk menonton filem blockbuster. Permainan cahaya malap yang menyelubungi lobi menghadirkan aura eksklusif, bahkan sebelum melihat ruang dalamannya. Sebuah bar kopi tersedia sebagai ruang menunggu, sementara di sebelah kanan, lorong yang dipenuhi gambar hiasan membawa terus ke dalam teater.
Sejurus sebelum tiba di dewan wayang, terdiri satu lagi bar di sebelah kiri, yang, seperti diberitahu juruacara, boleh mendapatkan mocktail atau koktel. Langkah pertama melihatkan ruang pawagam juga sudah menunjukkan jurang perbezaan yang besar daripada pawagam lain. Terdapat 15 pasang katil kesemuanya. Memandangkan kami hadir lebih awal, peluang ini digunakan untuk berkelana dan meneroka fitur-fitur tempat duduk dengan lebih lanjut. Ini adalah ciri-ciri kegemaran kami!
Kerusi empuk bak mobil mewah, lengkap dengan kawalan incline yang boleh dilaras hanya dengan satu sentuhan, menaik dan merendah dengan begitu halus. Rekaannya yang menyokong tulang belakang menjadikan setiap detik duduk terasa indulgent. Tambahkan bantal gebu dan selimut hangat yang tersedia, pengalaman menonton ini begitu nyaman hingga terasa seperti syurga kecil di dalam panggung. Sungguh glamor, sungguh selesa.
Terdapat laci mini yang tersimpan rapi disisi katil. Beg, botol air, barangan tidak diperlukan, popcorn lebih… Apapun yang disimpan, satu perkara yang pasti adalah tempat duduknya yang bermotifkan keselesaan.
Bukan sekadar palam biasa, namun pengecasan tanpa wayar. Ia jauh lebih kompak, anggun dan semestinya praktikal. Tidak perlu risau tentang bateri telefon selepas tamat filem.
Makanan dan snek termasuk di dalam pekej pembelian tiket. Dengan perut yang berkeroncong tatkala tiba di panggung, ia bagaikan orang mengantuk disorong bantal. Makanan diletakkan di atas meja boleh laras yang ada di sisi katil. Salmon teriyaki yang dipesan juga serasi dengan tekak.
@lotufme a cozy movie night 🍿🥤 #kualalumpur #movie #moviedate #bedcinema #luxurycinema #cinema #dateideas #thingstodoinkl ♬ i love vlada - harvey
Keputusan akhirnya? Aurum Theatre amat berbaloi, dan semua patut mencubanya! Ruangnya juga terpencil daripada wayang-wayang lain, sejurus menghadirkan rasa yang eksklusif dan private, sesuai bagi malam temu janji atau me-time.