LANGGAN

BMW & MINI Tampil dengan Barisan Model Baru di Malaysia Autoshow 2025

Inovasi bertemu gaya model ikonik kini lebih mewah dan canggih!
Published: May 20, 2025

BMW Group Malaysia kembali ke Malaysia Autoshow 2025 dengan keluaran terkini daripada BMW, MINI dan BMW Motorrad. Antara tarikan utama ialah pelancaran BMW 330Li M Sport sempena ulang tahun ke-50 BMW 3 Series, tiga model baharu John Cooper Works (JCW) dan MINI Cooper Convertible oleh MINI Malaysia, serta BMW R 1300 GS Adventure dari BMW Motorrad, sebuah motosikal pengembaraan serba boleh untuk jalan raya dan laluan mencabar.

BMW Group Malaysia di Malaysia Autoshow 2025

BMW 330Li M Sport Baru

Sempena sambutan 50 tahun BMW 3 Series, BMW Malaysia memperkenalkan BMW 330Li M Sport – model sedan mewah dengan reka bentuk elegan, teknologi terkini dan kabin yang lebih luas. Model ini menyerlah dengan gril hadapan Pearl Chrome, lampu LED adaptif yang lebih nipis, serta jarak roda lebih panjang untuk keselesaan maksimum. Paparan skrin melengkung BMW (12.3" + 14.9") menggunakan sistem BMW Operating System 8.5, dipadankan dengan kemasan Crafted Clarity dan sistem bunyi Harman Kardon 16-speaker yang premium.

Antara tiga warna menarik:

  • Carbon Black
  • M Brooklyn Grey
  • Arctic Race Blue

Ciri keselamatan utama ialah:

  • Active Cruise Control
  • Parking Assistant Plus
  • Tyre Pressure Indicator

Harga bermula dari RM320,800, dengan pelan pembiayaan serendah RM3,607 sebulan melalui BMW Easy Drive.

BMW 330Li M Sport yang terbaru

MINI JCW

MINI turut mencuri perhatian dengan pelancaran empat model baru yang merangkumi tiga varian John Cooper Works (JCW) berprestasi tinggi, termasuk versi elektrik sepenuhnya, serta MINI Cooper Convertible serba baru. Model JCW baru hadir dengan sentuhan aerodinamik, rim sehingga 19 inci, serta paparan digital JCW Mode untuk bacaan tork dan kuasa. Varian elektrik menawarkan kuasa sehingga 258 hp dan jarak pemanduan sehingga 371 km dengan sokongan pengecasan pantas.

MINI Cooper Convertible pula mengekalkan identiti klasik dengan rekaan bumbung lembut automatik yang boleh dibuka dalam 18 saat, dipadankan dengan enjin 204 hp dan sistem MINI Operating System 9 serta paparan OLED bulat berdiameter 240mm.

Ciri keselamatan termasuk Driving Assistant Plus, Lane Control dan Parking Assistant Plus, manakala kawalan pintar boleh diakses terus dari aplikasi MINI App.

Mini Malaysia Perkenal Empat Model Baru

BMW R 1300 GS Adventure

BMW Motorrad turut tampil dengan BMW R 1300 GS Adventure, motosikal kembara serba baru dengan enjin boxer 1,300cc paling berkuasa dalam sejarah pengeluar – menjana 145 hp dan 149 Nm tork.

Empat varian ditawarkan:

  • Triple Black / GS Trophy (RM155,000)
  • Racing Red (RM150,000)
  • Option 719 Karakorum (RM165,000)

Motosikal ini dilengkapi dengan:

  • Sistem BMW ShiftCam
  • Ekzos keluli tahan karat
  • Tangki bahan api 30 liter – ideal untuk penjelajahan jarak jauh

Ciri pintar termasuk:

  • Mod tunggangan "Rain", "Enduro", "Road" dan "Dynamic Pro"
  • Sistem Automated Shift Assistant untuk penukaran gear automatik.

Antara ciri keselamatan:

  • ABS Pro
  • Dynamic Traction Control (DTC)
  • Aplikasi BMW Motorrad Connected membolehkan pemantauan penuh dari telefon pintar
  • Paparan TFT 6.5 inci menyediakan semua maklumat tunggangan
  • Hill Start Control
  • Lampu LED matriks dengan fungsi Headlight Pro
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down