LANGGAN

Pilihan Hadiah Untuk Lelaki: Panduan Memilih Hadiah Terbaik

Hadiah yang sesuai untuk ayah, suami dan kawan-kawan
Published: May 21, 2025

Memilih hadiah untuk lelaki boleh menjadi lebih mudah dengan panduan ini. Sama ada anda mencari sesuatu yang mewah, praktikal atau sentimental, berikut adalah pilihan hadiah yang sesuai untuk pelbagai minat dan gaya hidup lelaki moden, lengkap dengan cadangan dari pelbagai jenama.

Jam Tangan

Jam tangan yang memainkan watak penting sebagai aksesori, menjadikan gaya seorang lelaki itu lebih mewah dan sempurna. Antara jenama jam tangan popular yang boleh dijadikan hadiah ialah:

  • Seiko – Jam tangan berkualiti dengan reka bentuk klasik.
  • Tag Heuer – Pilihan untuk lelaki yang sukakan gaya sporty dan elegan.
  • Tissot – Mewah dan sesuai untuk dijadikan hadiah eksklusif.
Gambar: @seikomy

Kasut

Kasut adalah hadiah yang praktikal dan sentiasa digemari. Pilihan kasut yang baik boleh digunakan ke mana sahaja seperti ke pejabat, majlis formal atau aktiviti santai. Antara jenama kasut yang boleh menjadi hadiah pilihan lelaki ialah seperti:

  • Dr. Martens – Kasut kulit dengan rekaan unik, sesuai untuk lelaki yang berani dalam berfesyen.
  • Geox – Kasut dengan teknologi ‘breathable’ yang menambah keselesaan.
Gambar: @drmartensofficial

Set Penjagaan Diri

Lelaki kini lebih mementingkan penjagaan diri. Set penjagaan diri yang lengkap boleh menjadi hadiah yang sangat dihargai. Pilihan seperti dibawah ini boleh dijadikan sebagai set hadiah untuk para lelaki:

  • Chanel – Pilihan penjagaan muka yang mewah dari jenama terkemuka.
  • Schwarzkopf Professional – Set penjagaan rambut yang sesuai untuk semua jenis rambut lelaki.
  • Aesop – Produk penjagaan kulit berasaskan botanikal.

Gajet dan Aksesori Elektronik

Era yang penuh dengan elektronik dan gajet, jangan ketinggalan dengan pilihan produk-produk ini untuk lelaki yang gemarkan teknologi.

Gambar: @sonymalaysia
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down