LANGGAN

Stars@Mercedes-Benz Bangsar Kini Dibuka

Di persimpangan gaya hidup dan inovasi automotif
Published: November 12, 2025

Mercedes-Benz Malaysia bersama NZ Wheels mentakrif semula pengalaman automotif ke tahap baharu dengan pelancaran Stars@Mercedes-Benz Bangsar. Ia merupakan satu ruang retail automotif terbesar seumpamanya di dunia yang memadukan kemewahan, teknologi dan gaya hidup dalam satu lokasi eksklusif.

Terletak strategik di Telawi Bangsar, pusat gaya hidup elit Kuala Lumpur ruang seluas 1,800 meter persegi ini mempunyai bilik pameran serba luas. Ia juga direka sebagai urban concept showroom Stars@Mercedes-Benz Bangsar yang menyatukan jenama mewah terulung Mercedes-Benz, Mercedes-AMG, Mercedes-Maybach dan G-Class di bawah satu bumbung.

Kemewahan Dipersonalisasikan

Setiap butiran di Stars ini direka untuk keselesaan dan eksklusiviti. Daripada bilik perundingan peribadi dan facelift digital interaktif hingga ke café-style lounge yang bergaya. Kesemua pelanggan dijemput menikmati suasana santai yang menggabungkan kemodenan dan ketenangan.

Menariknya, lantai utama boleh ditukar menjadi “brand world” khusus untuk Mercedes-Maybach, Mercedes-AMG, G-Class dan Mercedes-Benz hanya dalam masa 30 minit. Fleksibiliti ini disokong oleh sistem dinding modular, logo khas dan elemen rekaan beridentiti tersendiri.

Ruang MANUFAKTUR

Di ruang MANUFAKTUR pula, pelanggan boleh meneroka pilihan penyesuaian khas, daripada kemasan dalaman premium hingga warna eksklusif kereta yang jarang dilihat di jalan raya. Ia menonjolkan semangat bespoke craftsmanship yang menjadi DNA jenama ini. Oleh itu, setiap kereta mencerminkan personaliti pemiliknya.

Pengalaman Digital yang Memudahkan

Di tingkat atas pula, para pelanggan akan disambut dengan konsep retail digital terbaharu Mercedes-Benz. Satu langkah evolusi yang memberi interaktiviti dan teknologi dalam penerokaan automotif. Di sini juga terdapat AMG Performance Center, ruang dedikasi untuk penggemar prestasi dan adrenalin lengkap dengan paparan khas model AMG yang menggoda.

Dengan pelaburan RM5 juta oleh NZ Wheels, Stars@Mercedes-Benz Bangsar akan menjadi simbol status serta cerminan masa depan. Di sinilah dunia automotif bertemu gaya hidup dan kemewahan.


Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down