LANGGAN

A Wonderful Festive Season di Hotel Stripes

Raikan hujung tahun dengan menikmati hidangan menggoda selera, dalam suasana santai penuh gaya!
Published: December 5, 2025

Musim perayaan kembali lagi, membawa semangat baharu dan kegembiraan di hujung tahun. Berlokasi di tengah kota, Hotel Stripes Kuala Lumpur menjemput pengunjung untuk merasai suasana perayaan yang intim dan bergaya, sambil menyambut tahun baharu bersama orang tersayang. Konsep urban hotel turut menyuntik elemen moden dan elegan pada setiap ruang, menjadikan pengalaman perayaan yang lebih istimewa dan bermakna.

Kenikmatan rasa grill 

hotel stripes

Restoran ala Perancis‑urban dengan dinding batu bata ini kembali mempersembahkan pengalaman ‘You Chill, We Grill’, kali ini dalam edisi perayaan dengan pelbagai menu meriah! Terletak di tingkat satu, Brasserie 25 memanjakan lidah anda dengan daging panggang berjus, termasuk kaki kambing yang dimasak sempurna, serta pelbagai hidangan menggoda yang menonjolkan kepakaran chef jemputan. Tiap hidangan membawa rasa yang kaya dengan tekstur memuaskan, ditemani suasana bara open grill disertakan aroma yang menyelerakan.

festive season

Tidak kira sama ada untuk bersantai selepas hari yang panjang atau meraikan momen istimewa, pengalaman ini menyatukan kehangatan dan keceriaan hujung tahun yang sebenar. Holiday Mocktails percuma sepanjang makan malam juga menambah keseronokan, menjadikan malam anda bukan sekadar hidangan, tetapi satu pengalaman istimewa

Pakej: Sizzling Festive Edition dengan Holiday Mocktails percuma 

Tarikh:

  • 24 - 27 Disember 2025
  • 31 Disember - 3 Januari 2026

Waktu: 6PM - 10PM

Harga: RM150++ untuk dua orang.

Perayaan eksklusif bertema industrial

Hujung tahun menjadi masa sesuai untuk merayakan pencapaian sepanjang tahun dan berkongsi kegembiraan. The Snug menawarkan ruang eksklusif dan multifungsi yang membolehkan setiap sambutan menjadi lebih intim dan berkesan. Dengan gaya industrial yang unik, ruang ini memadukan elemen moden, minimalis dan chic, sesuai untuk acara santai namun bergaya bersama keluarga, rakan-rakan atau rakan sekerja. Pengalaman ini semestinya tidak lengkap tanpa hidangan yang memikat selera. Sizzling Feast yang disediakan mampu menghidupkan setiap perbualan dan gelak tawa di meja makan, ditambah juga dengan kesegaran Holiday Mocktails percuma. Setiap elemen di sini dibentuk dengan sempurna untuk membawa detik yang hangat, meriah dan penuh kenangan.

hotel stripes

Pakej: Festive Parties dengan Holiday Mocktails percuma 

Tarikh: sekarang hingga 30 Disember 2025

Harga: RM150++ seorang untuk kumpulan minimum 80 orang

Daripada hidangan yang memukau, suasana hangat, sehingga momen gelak tawa bersama orang tersayang, Hotel Stripes menjanjikan pengalaman perayaan hujung tahun yang sememangnya istimewa. Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, sila emel ke [email protected] atau hubungi +60 18 623 0129.

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down