LANGGAN

Dyson HushJet™ Purifier Compact Baharu

Memurnikan udara dalam rumah dengan lebih baik.
Published: January 20, 2026

Hari ini Dyson telah memperkenalkan inovasi baharunya dengan Dyson HushJet™ Purifier Compact. Produk ini memperkenalkan satu evolusi baharu dalam pemurnian udara yang lebih sofistikated, pintar dan berestetika.

Dilancarkan di Malaysia pada Januari ini, HushJet™ Purifier Compact menandakan peralihan berani daripada teknologi ikonik Air Multiplier Dyson. Diinspirasikan oleh aerodinamik enjin jet, ia direka untuk menghasilkan aliran udara berkelajuan tinggi yang lebih fokus, lebih senyap dan jauh lebih efisien. Sesuai dengan gaya hidup moden lelaki urban hari ini.

Kejuruteraan untuk Kehidupan Harian

Nadi kepada inovasi ini ialah HushJet™ Nozzle, muncung entrainment berstruktur arca yang memanfaatkan prinsip aliran udara enjin jet. Ia memfokuskan udara yang telah dimurnikan dan menguatkan alirannya dengan menyerap udara sekeliling, menghasilkan liputan yang pantas tanpa gangguan bunyi.

Dari segi visual, rekaan ini membawa bahasa reka bentuk Dyson ke arah yang lebih matang. Sangat minimal, mementingkan reka bentuk dan sesuai dengan ruang dalaman kontemporari.

Dicipta untuk Meningkatkan Kualiti Tidur

Kualiti udara dalaman sering terjejas dalam ruang tertutup seperti bilik tidur terutamanya di kawasan bandar. Dyson HushJet™ Purifier Compact direka untuk beroperasi hampir tanpa bunyi, siang dan malam.

Dalam mod malam, ia beroperasi pada hanya 24 dBA. Ini bermaksud ia lebih senyap daripada suara bisikan manusia. Reka bentuk muncung berbentuk bintang mengurangkan turbulens dan menyerap gelombang bunyi daripada pemampat berkelajuan tinggi, membolehkan pemurnian berlaku tanpa mengganggu tidur anda.

Dengan menyingkirkan alergen bawaan udara seperti debunga, habuk dan bulu haiwan peliharaan, ia membantu mengurangkan simptom yang boleh menjejaskan tidur seperti hidung tersumbat, tekak kering dan mata gatal.

Sensor pintar memantau kualiti udara secara masa nyata dan melaraskan prestasi secara automatik walaupun ketika anda sedang lena.

Reka Bentuk Kompak dan Prestasi Luar Jangka

Walaupun bersaiz kecil, prestasinya cukup mengagumkan:

  • Penapisan elektrostatik menangkap 99.97% zarah sekecil 0.3 mikron
  • Sistem penapisan tertutup sepenuhnya memastikan pencemar kekal terperangkap
  • Jangka hayat penapis sehingga lima tahun, empat kali lebih lama
  • CADR 250m³/j, sesuai untuk ruang sehingga 200 kaki persegi

Media penapis bercas ini lebih cekap tenaga, menggunakan bahan yang lebih sedikit dan direka untuk ketahanan jangka panjang.

Sesuai untuk pemilik haiwan peliharaan, ia turut menyingkirkan bau dan alergen menjadikan ruang kediaman lebih bersih dan selesa untuk semua.


Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down