Matthew M. Williams adalah pewaris amanah untuk membangunkan jenama yang umurnya sudah melewati lima dasawarsa! Matthew M. Williams dipilih sebagai Pengarah Kreatif untuk jenama Oakley – serentak menggabungkan kedinamikan kreativitinya pada rangkaian pakaian sedia pakai, aksesori dan kasut. Kembara baharu Matthew ini menyaksikan curahan tenaganya dalam mempertingkatkan, malah merevolusikan Oakley.

Pengasas untuk jenama senamanya, 1017 ALYX 9SM dan mantan Pengarah Kreatif Givenchy, Matthew M. Williams mengendong pengalaman yang cukup tinggi sebagai pemimpin dalam arena fesyen. Dia juga sudah pernah berganding bahu dengan jenama-jenama besar lain seperti Dior, Moncler dan Audemars Piguet… membuatkan pemilihannya mengepalai Oakley adalah perencanaan yang sempurna.
“Mendewasa di California, Oakley sudah menjadi sebahagian dedahan saya. Saya sepanjang masa mengagumi sifat inovasi serta teknikal Oakley, yang sederap melangkah dengan jati diri saya,” jelas Matthew.

Matthew yang terisi pemikiran subur kreatif tak terbandingkan, akan bekerja rapat dengan Travis Scott – Ketua Pegawai Visi Oakley – dalam menjalin gagasannya pada jenama yang selamanya mereka sesuatu produk berlandaskan kesedaran tujuan. Legasi Oakley dibangunkan dengan bahasa rekaan yang lebih segar. Untuk bab baharu Oakley ini, Matthew dijangka lebih menegaskan reka bentuk, material serta kualiti. Di bawah seliaan Matthew, rangkaian pakaian sedia pakai, aksesori dan kasut memenangkan aspek prestasi (sebagai keutamaan) dan berbancuh dengan citra gaya hidup.
Matthew melisankan lagi pandangannya, menyanjung Oakley yang kaya dengan warisan serta sejarah. Terutamanya, dalam buana budaya global dan prestasi kesukanan. “I look forward to working together with Travis Scott and all Oakley team, memandu jenama ini ke era yang berbeza dari terdahulu,” kata Matthew M. Williams.