Deras perhitungannya dalam kerancakan memperdana nama di usia yang masih hijau, Hyunjin yakin menemui apa yang selama ini dicari dalam persaingan industri. Kini fokusnya terarah kepada meraih lebih banyak pencapaian tinggi, mendalami lagi seni serta menekuni persembahan di atas pentas tanpa sedikit tanggung atau sambalewa.
ELLE Men: Hari ini Hyunjin dilihat semakin matang, yakin dengan karakter dan sentiasa tampil bergaya di pentas. Bagaimana Hyunjin menetapkan fokus untuk penggambaran editorial seperti ini?
Hyunjin: Saya selalu melihat setiap helaian pakaian sebagai satu statement fesyen dan membayangkan pakaian itu sebagai karakter yang perlu saya bawa. Saya tidak mahu memaksa diri menjadi orang lain sehingga nampak berlebihan. Ada rasa debaran setiap kali mengenakan helaian jenama mewah dan itu yang menyeronokkan.
Sebab itu saya lebih mudah menyelami konsep editorial yang sedikit ‘gelap’ atau unik berbanding yang terlalu ceria. Itu memang cita rasa saya. Saya rasa lebih bebas mengekspresikan diri melalui sisi yang sebegitu.


EM: On stage, Hyunjin sangat energetic dan menari secara dinamik, tetapi karya seni Hyunjin seakan lebih tenang dan berpuitis. Apakah cerita di sebalik perbezaan ini?
H: Kalau diibaratkan sebagai satu kanvas, apa yang saya ‘lukis’ di atas pentas sebenarnya lebih dekat dengan karakter diri saya. Saya menikmati proses membina cerita itu. Tetapi apabila melukis hasil seni saya tidak terlalu mahu mendalami subjek atau too overthinking. Mungkin sebab itu karya seni saya terasa lebih jujur, lebih dekat dengan jiwa dalaman saya.
EM: Tahun lalu, ‘Stray Kids’ nampaknya terus melonjak naik termasuk dengan pencapaian luar biasa kedudukan pertama sebanyak lapan kali berturut-turut di Carta Billboard 200. Apakah makna pencapaian ini pada Hyunjin?
H: Secara umumnya, saya tidak menganggap ‘Stray Kids’ sudah well-established. Kami masih sedang berusaha. Kami hanya merancang segala perkara baik. Oleh kerana kami menghasilkan dan menikmati muzik dengan cara sebegitu, kadangkala rekod pencapaian atau angka-angka itu tidak kami terlalu kejar.
Cumanya ketika dapat tampil di Newsroom baru-baru ini agak mengejutkan. Saya ada bergurau kepada ahli ‘Stray Kids’ lain dengan pertanyaan “Kita berjaya tampil di berita?" (ketawa).
Kami selalu melakukan aktiviti bersama dengan perasaan seperti sedang berpaut kepada seutas ‘tali’. Saya sendiri sentiasa mahu kami menunjukkan sesuatu yang lebih baik, mahu reaksi yang lebih diterima peminat daripada sebelumnya dan berusaha keras untuk mencapai lebih banyak perkara.
Walaupun perlu berusaha keras, hakikat bahawa team ini terus menunjukkan pencapaian selama lapan tahun kebelakangan ini mungkin kerana kami telah bersungguh-sungguh. Jadi, saya rasa bangga. Kami ingin menghasilkan lebih banyak lagi karya di masa hadapan.

EM: Dalam satu wawancara lain yang pernah saya baca, Hyunjin pernah menyatakan bahawa Hyunjin sangat sangat suka beraksi di atas pentas. Sehinggakan ketika tiba di bilik hotel pada pukul lima pagi selepas persembahan sekalipun, Hyunjin tetap akan meletakkan tahap kepuasan sendiri kepada setiap persembahan itu. What is intended to be conveyed about that matter?
H: Saya menjalani momen selesainya setiap persembahan tersebut dengan satu perkataan, katarsis. Dengan penerangan mudahnya, suatu kelegaan emosi sebagai gambaran kepuasan bahawa saya telah menghidupkan tiga minit setiap satu lagu di atas pentas itu dengan cukup sempurna. Itulah hormon gembira, dopamin yang saya ingin lepaskan dengan sehendaknya.
Saya masih ingat, suatu hari di mana seluruh team ‘Stray Kids’ perlu membuat persembahan di satu anugerah besar yang sangat berprestij. Kami melakukan banyak persiapan. Saya sendiri juga gementar dan akhirnya kami mendapat reaksi yang baik serta memenangi anugerah utama (Daesang). Tetapi malam selepas anugerah itu, saya langsung tidak boleh melelapkan mata. Mungkin secara peribadinya saya memang sebegitu. Apabila ada sesuatu yang saya perlu lakukan, seluruh tubuh saya akan merasa debarannya. Jadi, apa sahaja yang saya mahu buat, saya mesti pastikan perkara tersebut berhasil.
Saya berpegang bahawa jika kita hanya berangan tanpa berusaha, maka kita hanya akan berada di tempat yang sama. Keyakinan kita untuk melakukan sesuatu perkara juga tidak boleh pada tahap sederhana. Jika gagal, jangan pula menoleh ke belakang. Kegagalan mungkin memalukan tetapi tidak mengapa, jangan terlalu memikirkannya.
Pada saya, jika kita sudah mencuba dan ia tidak berhasil, terus melangkah kehadapan dan cuba perkara baru lain. Seperti saya menari, menyanyi dan beraksi di atas pentas, semuanya saya lalui dengan cara berani menempuh halangan. Kejayaan dalam kehidupan ini hanya akan dicapai selepas kita menunjukkan kesungguhan.


EM: Kolaborasi Hyunjin dengan Cartier juga semakin berkembang saban masa. What kind of synergy does Hyunjin see between you personally and Cartier?
H: Cartier sangat menghargai seni dan sentiasa mengekspresikan sokongan mereka terhadap mereka yang mengusahakan kerja seni. I really appreciate that. Mereka selalu menaja dan menyokong selebriti dan saya sangat sukakan usaha sebegitu.
EM: Hyunjin dilihat belum pernah lagi melukis potret diri sendiri. If you were to paint one now, rupa sebagaimana Hyunjin akan lukiskan?
H: Mungkin bukan rupa muka sendiri tetapi saya terfikir tentang buah-buahan atau bakul buah jika ingin menggambarkan diri sendiri. Kebelakangan ini saya sering terfikir bahawa pencapaian saya sekarang sudah melebihi daripada apa yang saya sangka.
Inilah kemanisan dalam kehidupan, kita tidak tahu tahun depan mungkin berbeza. Full of unexpected twists and turns. Mungkin tahun hadapan saya akan melukis teratai atau kolam kecil di sekelilingnya. Tetapi buat masa ini, jawapan untuk potret lukisan yang menggambarkan diri sendiri merupakan sebakul buah (ketawa)! Seems like I'm in a good mood right now.

EM: Hari ini, Hyunjin dilihat semakin berani berekspresi melalui fesyen, menghasilkan seni dan juga di atas pentas, out of all three, which one gives Hyunjin the most freedom to be creative?
H: While I'm on stage, saya boleh menjadi diri sendiri dan melakukan apa sahaja. Dalam kehidupan ini kita perlu hadapi banyak batasan dan masalah tetapi di atas pentas saya boleh bergerak dengan ekspresi yang sangat bebas. Setiap kali di atas pentas saya yakin rasakan ruang itu milik saya sepenuhnya.
Fotografi Yoon Ji Yong
Pengarang Fesyen Jang Hyo Sun
Pengarang Rencana Jeon Hye Ji
Penata Gaya Lee Jonghyun
Dandanan Sin Gabe
Solekan Ansunghee
Tatarias Kuku Kim Nahyun
Prop dan Set Lee Ye Seul
Dibantu Oleh Shim Jeewon
Terjemahan Teks M. Ridhwan Sa’aya
*Baca temu bual penuh dalam cetakan fizikal ELLE Men isu Jun/Julai 2026.