LANGGAN

Inovator Stail: Shin Tseng

Seorang yang tekun menghidupkan semula wajah Kuala Lumpur menerusi usaha pemulihan bangunan warisan dan kerja seni arkiteknya.
Published: September 6, 2026

Dibesarkan di Melaka yang kaya dengan khazanah warisan, Shin Tseng mempunyai minat mendalam terhadap bangunan bersejarah serta potensi menghidupkan semula bangunan lama melalui pendekatan adaptive reuse. Berbekalkan pengalaman di London dan Hong Kong, Arkitek dan Pengarah Urban Agenda Design Group ini kini menjadi antara individu penting di sebalik transformasi mercu tanda Kuala Lumpur seperti REXKL, The Five dan Semua House. 

Blazer dan kemeja daripada POLO RALPH LAUREN.

ELLE Men: Dorongan yang menginspirasi anda terus berkarya dan berkreatif dalam bidang diceburi?

Shin Tseng: Saya percaya architecture bukan hanya menambah nilai seni kepada bangunan, tetapi mencipta ruang yang manusiawi. Hari ini, banyak pembangunan dipengaruhi kepentingan komersial hingga mengabaikan cara manusia berinteraksi dengan ruang dan bandar. Itulah dorongan saya menghasilkan seni bina yang menghidupkan hubungan sesama manusia. 

EM: Apakah projek yang paling memberi kepuasan dan diingati hingga sekarang?

ST: Sudah tentu REXKL. Ia mula dengan visi yang awalnya sukar. Kami bukan sahaja mereka bentuk bangunan malah turut membangunkannya sendiri bagi membuktikan sebuah ruang lama boleh hidup semula sebagai hab seni, budaya dan komuniti.

"Saya percaya architecture bukan hanya menambah nilai seni kepada bangunan, tetapi mencipta ruang yang manusiawi"

EM: Apa cabaran terbesar yang sering dihadapi dalam bidang anda?

ST: Memastikan semua pihak faham visi yang sama sepanjang projek yang boleh mengambil masa bertahun-tahun sambil memastikan hasil akhirnya seperti yang dirancang sejak awal.

EM: Di luar dunia kerja, apakah lagu, buku, hobi atau ritual harian on repeat yang mesti dilakukan?

ST: Saya suka brisk walk. Saya juga suka memerhati cara orang menggunakan ruang awam dan berinteraksi. Daripada situ, saya dapat idea baru. Kopi juga menjadi hal wajib. 

EM: Definisikan budaya dengan cara anda?

ST: Budaya itu identiti yang terbentuk daripada amalan, kepercayaan dan cara hidup kita. Tanpa budaya, masyarakat hilang identiti. Sebab itu budaya perlu dipelihara untuk berkembang.

EM: Impian terbesar sebelum tahun ini berakhir. 

ST: Menyiapkan buku yang mendokumentasi seni bina, budaya dan kehidupan bandar di rantau Asia Tenggara. Buku ini menghimpunkan kajian kes dari beberapa negara sebagai usaha mengetengahkan perspektif serantau yang kurang diberi perhatian dalam dunia seni bina.


PENYELARAS ARDI IDEWANI FOTOGRAFI AMANI AZLIN DIBANTU OLEH BRENDON & GAVIN PENATA GAYA MUZAMMIN MUZLAN ARAHAN SENI NABIHAH NIZAM GROOMING AYANG KAMEL & WIRA KASTRYA DANDANAN AIREENZRASHID  TEKS M. RIDHWAN SA’AYA & NURHANI NATASHA PELATIH AMALI HIZRAL FAIZ ROZEMAN & AISYAH HAZIYAH

Topics: ,
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down