LANGGAN

Tuntut Ilmu Tanpa Batas, ELLE Education Untuk Industri Kreatif

Program global yang diperkenalkan untuk membangunkan industri kreatif!
Published: May 9, 2026

Membangunkan kerjaya dalam lapangan kreatif, menerusi pendekatan global. Industri fesyen, dunia mewah dan reka bentuk bertumbuh dengan kerja yang beriringan dengan perentasan waktu, pasaran dan konteks budaya. Dan kini, ia menyaingi pendidikan. ELLE Education diwujudkan sebagai institusi akademik yang merealisasikan kreativiti ini, menetapkan kejayaan yang berlanjutan.

Tiada limitasi untuk berkreatif. Dalam alam profesional masa kini, kleksibiliti bukan sahaja satu keistimewaan, bahkan adalah keperluan. Keupayaan untuk belajar seraya bekerja, untuk mengakses rangkaian antarabangsa dan membangunkan kemahiran tanpa gangguan momentum profesional menjadi faktor penentu kejayaan jangka masa panjang. 

Direka Untuk Mobiliti 

ELLE international dengan Mindway berintegrasi dalam mengambil kira perubahan ini. Disokong secara ekademik oleh Camilo José Cela University, institusi ini menawarkan program-program khusus untuk diserasikan dengan realiti lapangan kreatif. Sejak dari tahun 2009, lebih 100,000 orang pelajar daripada lebih 70 kewarganegaraan berjaya menamatkan program-program dalam ekosistem ini dan membina karier dalam bidang fesyen, reka bentuk, dunia mewah serta sektor-sektor berkaitan. Portfolio akademiknya termasuklah program-program MBA, Ijazah Sarjana, Diploma dan sijil khusus yang meliputi bidang-bidang utama seprti strategi penjenamaan, pemasaran, komunikasi dan seni reka dalaman. 

Format fleksibel ELLE Education untuk profesional yang sentiasa in motion

elle education

Program disusun untuk menyesuaikan diri dengan pelbagai gaya hidup profesional. Format sepenuhnya dalam talian membolehkan pelajar-pelajar mengikuti kurikulum di mana-mana sahaja, sambil mengintegrasikan pembelajaran ke dalam rutin kerja sedia ada.

Bagi mereka yang mencari pengalaman lebih mendalam, format Eksekutif menggabungkan pembelajaran dalam talian dengan minggu intensif secara bersemuka di Madrid setiap Julai. Pendekatan hibrid ini menawarkan fleksibiliti serta pendedahan langsung kepada industri.

Sepanjang minggu tersebut, pelajar menyertai kelas, bengkel serta Mindway Experiences — program lawatan studio dan pertemuan profesional yang direka untuk menghubungkan pembelajaran akademik dengan amalan dunia sebenar.

Persekitaran antarabangsa berhubungan dengan industri

elle education

Kursus disampaikan terutamanya dalam Bahasa Inggeris dan menghimpunkan kohort antarabangsa, lantas mencerminkan sifat global industri itu sendiri. Pertukaran perspektif menjadi bahagian penting dalam pengalaman pembelajaran, khususnya dalam sektor yang memerlukan kefahaman budaya.

Program berpusat di Kampus Castellana di Madrid, sebahagian daripada Camilo José Cela University, yang diiktiraf sebagai salah satu kampus universiti paling mampan di Eropah.

Kepimpinan akademik turut mengukuhkan hubungan dengan industri. Program Pemasaran Fesyen dikepalai oleh Ágatha Ruiz de la Prada, manakala program Reka Bentuk Dalaman diketuai oleh Lázaro Rosa-Violán, yang membawa pengalaman profesional sebenar ke dalam kelas.

Daripada pembelajaran kepada kedudukan profesional

elle education

Matlamatnya bukan sekadar menyediakan pengetahuan, tetapi menterjemahkannya kepada kedudukan profesional. Melalui forum kerjaya, peluang latihan industri dan rangkaian alumni antarabangsa, pelajar memperoleh akses kepada hubungan yang menyokong pembangunan jangka panjang.

Graduan menceburi peranan dalam strategi jenama, pemasaran, komunikasi dan pengarahan kreatif — bidang yang semakin menghargai keupayaan menggabungkan kreativiti dengan pemahaman perniagaan.

Pendekatan praktikal ELLE Education untuk kerjaya global

elle education

Dalam landskap yang ditentukan oleh mobiliti, keupayaan untuk belajar tanpa terikat kepada satu lokasi bukan lagi pilihan.

ELLE Education oleh Mindway menawarkan pendekatan pendidikan yang tersusun, fleksibel dan berhubung secara antarabangsa — direka untuk profesional yang ingin terus maju tanpa menghentikan kerjaya mereka.

Program bermula pada bulan Mac dan September, dengan pilihan format dalam talian dan eksekutif.

Topics:
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down