LANGGAN

Penanda Aras Baharu Industri Estetik Malaysia

Malaysia Book of Records
Published: May 25, 2026

Aglow Clinic diiktiraf of Malaysia Book of Records atas pencapaian ‘Jumlah Sesi Rawatan Parut Terbanyak dalam Setahun’ yang menetapkan aras baharu dalam industri estetik di Malaysia. 

aglow clinic

Dengan 45,986 rawatan yang berjaya dilaksanakan sepanjang 2026, Aglow Clinic telah mencipta satu penanda aras baharu dalam rawatan pemulihan parut estetik. Jumlah luar biasa ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records atas pencapaian ‘Jumlah Sesi Rawatan Parut Terbanyak dalam Setahun’.

Lebih daripada sekadar satu pencapaian, pengiktirafan ini melambangkan ribuan perjalanan individu dalam memulihkan keyakinan diri. Sekali gus mencerminkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap pemulihan parut dan kesihatan kulit. Selain meningkatkan keyakinan diri dalam landskap estetik Malaysia yang semakin berkembang.

Di bawah kepimpinan Dr. Amelia Siah, Aglow Medical Group telah muncul sebagai salah satu jenama pemulihan parut dan keyakinan kulit terkemuka di Malaysia. Ia dikenali kerana menggabungkan estetik perubatan dan teknologi moden. Paling utama protokol rawatan yang diperibadikan bagi membantu individu memulihkan kesihatan kulit serta keyakinan diri mereka.

Minat dan fokus Dr. Amelia terhadap rawatan pemulihan parut bermula beberapa tahun lalu. Ia selepas merawat seorang pelanggan yang mengalami kesan calar kanggaru yang serius. Melalui perjalanan pemulihan selama 9 bulan, pelanggan tersebut berjaya mencapai hampir 99% penyembuhan. Transformasi fizikal dan emosi yang disaksikan telah memberi inspirasi kepada Dr. Amelia untuk mendalami rawatan pemulihan parut. Lantas membangunkan Aglow Clinic sebagai pilihan utama bagi individu yang mengalami pelbagai jenis parut. Serta membantu pelanggan mendapatkan kulit yang lebih sihat, licin, dan sempurna.

Bagi meraikan pencapaian ini, Aglow Clinic telah menganjurkan sebuah majlis eksklusif sempena pengiktirafan Malaysia Book of Records. Ia dihadiri oleh media, rakan industri kecantikan, pempengaruh, selebriti serta tetamu jemputan khas iaitu Shasha Abedul.

“Pengiktirafan ini bukan sekadar angka. Ia melambangkan kepercayaan yang diberikan oleh para pelanggan kepada kami serta komitmen berterusan kami dalam memberikan hasil rawatan berkualiti tinggi yang melangkaui aspek estetik,” kata Dr. Amelia Siah.

Seiring dengan perkembangan berterusan dalam bidang pemulihan parut. Aglow Clinic turut mengetengahkan rangkaian penjagaan kulit bertaraf perubatan di bawah Dr. Aglow Medical Grade Skincare. Ia diformulasikan khas untuk menyokong pemulihan parut, penyembuhan selepas rawatan, regenerasi kulit, serta penjagaan kulit jangka panjang selepas pelanggan meninggalkan klinik. Rangkaian penjagaan kulit ini direka untuk melengkapkan rawatan di klinik sebagai sebahagian daripada perjalanan pemulihan parut yang menyeluruh.

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down