LANGGAN

Pollution-Proof: Rahsia Kulit Lelaki Kekal Sihat

Ketahui tujuh rahsia penjagaan kulit lelaki boleh dipertingkatkan untuk musim jerebu.
Published: October 27, 2026

Jerebu melanda, kulit pula menjadi mangsa! Di sebalik udara yang semakin tercemar, kulit wajah lelaki turut berdepan kekeringan, tekstur kasar dan iritasi akibat pendedahan kepada partikel pencemaran. Lebih-lebih lagi bagi lelaki yang aktif di luar, rutin penjagaan kulit kini memerlukan perhatian ekstra. Daripada deep cleansing hingga perlindungan skin barrier, ini tujuh langkah penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan tampan sepanjang musim jerebu.

1. Gentle Cleanser - Bersih Tanpa Mengeringkan

Pembersihan wajah menjadi langkah pertama yang penting untuk menyingkirkan habuk, minyak berlebihan dan sisa pencemaran yang melekat pada permukaan kulit. Pemilihan pencuci wajah berformula lembut tanpa alkohol yang mengeringkan kulit dapat mengekalkan kelembapan semula jadi. Produk seperti Kiehl's Ultra Facial Cleanser yang diperkaya dengan squalane membantu membersihkan wajah tanpa menyingkirkan minyak semula jadi , manakala Murad Heartleaf Soothing Cleanser hadir dengan gabungan fermented heartleaf extract, ceramide dan beta-glucan yang membantu menenangkan kulit sambil mengekalkan hidrasi.

Gambar Instagram : @kiehls & @muradskincare

2. Double Cleansing - Perlukah Dua Kali Cuci?

Seterusnya langkah yang sering diabaikan bukan sahaja oleh lelaki, malah wanita, ialah double cleansing. Ketika musim jerebu, teknik pembersihan dua peringkat ini boleh membantu menanggalkan minyak berlebihan dan kotoran pada wajah dengan lebih menyeluruh. Penggunaan oil-based cleanser diikuti pencuci wajah berasaskan air sangat sesuai diamalkan pada waktu malam apabila diperlukan. Antara produk pilihan ialah Kiehl's Midnight Recovery Botanical Cleansing Oil dan INNISFREE Green Tea Ceramide Cleansing Balm membantu melarutkan kotoran serta sisa produk pada kulit tanpa memerlukan gosokan kasar. 

Gambar Instagram : @kiehls & @innisfree_malaysia

3. Hydrating Serum - Hidrasi Jangan Diabaikan

Siapa kata kulit lelaki yang berminyak tidak memerlukan hidrasi? Penghasilan minyak berlebihan tidak semestinya menandakan kulit mempunyai kelembapan yang mencukupi. Pencemaran udara dan rutin bercukur turut berpotensi menyebabkan iritasi dan kekeringan. Justeru, penggunaan hydrating serum dengan kandungan hyaluronic acid wajar dipertimbangkan bagi membantu mengekalkan kelembapan dan menjadikan kulit lebih anjal serta segar. Curél Deep Barrier Water Serum hadir dengan teknologi Ceramide Functioning Capsule Plus dan GABOB yang membantu menguatkan skin barrier, mengekalkan hidrasi serta menenangkan kulit sensitif serta CeraVe Hydrating Hyaluronic Acid Serum merupakan produk yang lengkap dengan pelembap agar hidrasi kulit kekal terjaga.

Gambar Instagram : @curelmy & @cerave

4. Antioxidant Serum - Perlindungan Ekstra untuk Kulit Anda

Partikel pencemaran udara ketika musim jerebu boleh mencetuskan oxidative stress yang menyumbang kepada keradangan dan penuaan pramatang kulit. Justeru, antioxidant serum dengan kandungan vitamin C dan E membantu melawan radikal bebas serta mengekalkan penampilan kulit yang lebih cerah dan sekata. Antara pilihan ialah La Roche-Posay Pure Vitamin C12 Serum dan Kiehl's Powerful-Strength Line-Reducing Concentrate yang menawarkan perlindungan antioksidan tambahan untuk kulit lelaki yang kerap terdedah kepada pencemaran.

La Roche-Posay Pure Vitamin C12 Serum & Kiehl's Powerful-Strength Line-Reducing Concentrate

Gambar Instagram : @larocheposay & @kiehls

5. Barrier Repair Moisturizer - Kunci Pertahanan Kulit

Jangan sesekali abaikan pelembap, kulit lelaki sangat untuk cenderung berminyak. Ketika musim jerebu, pendedahan kepada pencemaran udara boleh melemahkan skin barrier, menyebabkan kulit lebih mudah kehilangan kelembapan dan mengalami iritasi. Pelembap dengan kandungan membantu mengekalkan hidrasi serta menguatkan lapisan perlindungan semula jadi kulit. Antara pilihan ialah Kiehl's Ultra Facial Cream yang diperkaya dengan squalane dan CeraVe PM Facial Moisturising Lotion dengan tiga jenis ceramide penting. Kedua-duanya membantu memastikan kulit kekal lembap dan selesa sepanjang hari.

CeraVe PM Facial Moisturising Lotion & Kiehl's Ultra Facial Cream

Gambar Instagram : @curelmy & @cerave

6. Sunscreen SPF 30+ - Jangan Abaikan Perlindungan Kulit

Siapa kata musim jerebu bermakna kulit terlindung daripada sinaran matahari? Walaupun langit kelihatan kelabu, sinaran UVA dan UVB masih boleh menjejaskan kulit serta mempercepatkan tanda penuaan. Justeru, penggunaan sunscreen berspektrum luas dengan SPF 30 ke atas penting untuk lelaki, terutama yang kerap melakukan aktiviti luar. Antara pilihan ialah La Roche-Posay Anthelios UVMune 400 Invisible Fluid SPF50+ dengan perlindungan UVA tinggi dan Biore UV Aqua Rich Watery Gel SPF50+ PA++++ yang menawarkan perlindungan UV dalam tekstur gel. Pastikan sunscreen digunakan setiap pagi dan disapu semula setiap dua jam ketika berada di luar.

La Roche-Posay Anthelios UVMune 400 Invisible Fluid SPF50+ & Biore UV Aqua Rich Watery Gel SPF50+ PA++++

Gambar Instagram : @larocheposay & @bioremalaysia

Penjagaan kulit bukan sekadar bergantung pada produk luaran, malah bermula dari dalam tubuh. Pengambilan air yang mencukupi penting untuk mengekalkan hidrasi dan menyokong kesihatan kulit, terutama bagi lelaki yang aktif menjalani rutin harian. Ketika musim jerebu, pastikan tubuh kekal terhidrat dengan pengambilan air secara konsisten sepanjang hari.

Namun, perlu diingat bahawa setiap individu mempunyai jenis dan keperluan kulit yang berbeza. Kesemua produk yang disyorkan merupakan pilihan yang boleh dipertimbangkan mengikut kesesuaian kulit masing-masing. Sama ada kulit berminyak, kering atau sensitif, memahami keperluan kulit sendiri adalah kunci kepada rutin penjagaan yang berkesan. Kerana akhirnya, kulit yang sihat bukan tentang berapa banyak produk digunakan, tetapi sejauh mana ia memenuhi keperluan kulit anda.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down