Apabila cita rasa tinggi bertemu suasana penuh pesona, inilah destinasi kulinari pilihan untuk anda dan si dia. Dari hidangan yang menggoda selera ke ambience yang serba romantik, ini senarai ELLE untuk date night anda yang seterusnya.
Terletak di Damansara Heights, restoran grill kontemporari ini menggabungkan teknik kulinari fine dining dengan sentuhan gaya santai yang sofistikated. Menu Brasa tampil mewah, sempurna untuk meraikan detik istimewa bersama yang tersayang. Konsep dapur terbuka pula menambah elemen keterujaan, membolehkan anda menyaksikan sendiri aksi para chef menyediakan hidangan. Dan di Brasa, daging wagyu mereka adalah satu kemestian, cukup berkesan untuk menjadi memori yang sukar dilupakan.
Alamat: No.50-G, Plaza Damansara, Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
No. Tel: +6011 5110 2857
O.rang TTDI tampil sebagai restoran penuh karakter yang meraikan kehalusan seni kulinari dan komuniti. Untuk penggemar pengalaman dining yang autentik dan berjiwa, O.rang membawa anda ke dunia di mana setiap sudut ruang dihias dengan sentuhan peribadi, dan setiap cawan tanah liat buatan tangan mencerminkan jiwa pemiliknya. Satu pengalaman gastronomi yang sarat estetika dan rasa untuk date night yang istimewa.
Alamat: 13B, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
No. Tel: +6017 994 1210
Pengalaman makan di sini bermula bahkan sebelum anda melangkah masuk ke ruang utama, laluan terowong yang dipenuhi kayu bakau dan cermin bersaiz penuh mencipta ilusi yang dramatik dan tiada penghujung. Dibuka pada tahun 2023 oleh dua chef berpengalaman dari Pulau Pinang, restoran ini mengkhususkan dalam daging dan makanan laut yang diperam sendiri dan dimasak atas gril berasaskan kayu api.
Alamat: No. 199, Suites G-06, G Tower, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
No. Tel: +6011 2277 3131
Otoba tampil sebagai izakaya (tempat makan gaya Jepun yang santai, sesuai untuk lepak dan minum selepas kerja) yang moden dan stylish di Damansara Heights, The Five. Menu yang dibawa cukup menggoda, seperti bao berisi ayam karaage rangup bersama mayo pedas dan slaw yuzu, atau perut kambing lembut bersalut glaze char siew. Gyoza udang dengan Sichuan, tempura avocado bersama celupan shiso yang menyegarkan, semuanya dicipta untuk lelaki urban yang tahu menikmati cita rasa halus.
Alamat: E-2-03, Block E, The Five KPD, Jalan Dungun, Bukit Damansara, 50480 Kuala Lumpur
No. Tel: +6012 388 6031
Diinspirasikan oleh keanggunan kota Kyoto, restoran Jepun moden di The Troika ini menjanjikan pengalaman yang memikat semua deria. Bayangkan sushi dry-aged, ikan yang disalai dengan jerami dan wagyu A5 yang dihidang dalam suasana cahaya lembut serta lampu gantung berilhamkan awan. Setiap hidangan bagaikan karya seni miniatur, penuh ketelitian dan keindahan. Selesai menjamu selera, naik ke tingkat atas untuk menikmati koktel atau saké premium di ruang lounge yang bergaya, lengkap dengan sofa baldu dan irama muzik santai bersama teman istimewa.
Alamat: Kikyo, Lot G-3, The Troika, 19, Persiaran KLCC, 50490 Kuala Lumpur
No. Tel: +6012 799 7751