Terletak masih dalam kawasan Persiaran KLCC dan di antara Jalan Binjai serta bersebelahan KLCC Park, pusat gaya hidup baru ini mempunyai keluasan sekitar 420,000 kaki persegi. Keunikannya sudah tentu dengan reka bentuk yang unik mengambil inspirasi daripada pergerakan ombak yang beralun. Ia telah siap dibina dan dilihat berpotensi sebagai ruang pertemuan terkini buat warga kota dan pengunjung luar sekitarnya. Tarikh pembukaannya 21 Ogos minggu lalu menyaksikan ramai ke sana termasuklah pelancong dalam dan luar negeri.
Salah satu tarikan utama Ombak KLCC tentunya terletak kepada identiti seni bina yang unik. Reka bentuk kontemporari yang diinspirasikan daripada bentuk dan pergerakan ombak memberikan karakter dinamik kepada keseluruhan bangunan. Ini lebih menarik untuk dilihat pada waktu malam dengan cahaya lampu yang lebih menambah lagi seri. Elemen seni binanya juga bukan sahaja telah mencipta satu nilai visual malah membentuk pengalaman ruang yang lebih mengalir dan terbuka. Perpaduan antara estetika moden dan elemen yang berorientasikan manusia menjadikan Ombak KLCC sebahagian daripada wajah baru Kuala Lumpur yang lebih progresif.

Kedudukannya yang masih di kawasan KLCC meletakkan Ombak KLCC dalam salah satu lingkungan paling strategik di ibu kota. Dikelilingi mercu tanda ikonik, hotel mewah dan KLCC Park, lokasinya menjadikan bangunan ini mudah diakses oleh sesiapa sahaja.
Ombak KLCC direka untuk memenuhi pelbagai gaya hidup kontemporari. Daripada pilihan restoran santapan dan beli-belah kepada hiburan serta kesejahteraan. Setiap kedai dan susunan retail dilakukan bagi menawarkan pengalaman yang lebih menyeluruh. Kepelbagaian ini tentunya membolehkan pengunjung menentukan sendiri tujuan kunjungan. Sama ada untuk ke sana menikmati hidangan, meluangkan masa bersama keluarga, rakan atau sekadar menikmati suasana bandar dalam persekitaran yang lebih moden.
Berikut kami senaraikan beberapa kedai dan stor mengikut segmen berdasarkan laman web rasmi mereka.
Restoran dan kafe:
Afloat Coffee Roaster
Beautea
Chanson Camellia
Donkai
HEY TEA
Kenangan Coffee
Kotsu Kotsu
Kyomo
Locarasa By The Park
Nak Nak
Oriental Kopi
Patchouli
SANG Seafood
ZUS Signature Coffee
Gaya hidup:
Nintendo
Pokémon Center Pop-Up Store
Samsung
Xiaomi
Garmin
ZEISS
U Mobile Experiential Gallery
Fesyen:
By Aura
TudunngRuffle
Asics Run KL
Wah Chan
Zhou Liu Fu Jewellery
Salon dan barangan keperluan:
Alpro Sugi
Coway
Decode Salon
Eartheories
Health Lane Family Pharmacy
Jadioc Barbershop
Skinz Sanctuary
Kedai serbaneka dan lain-lain:
7-Eleven
CU Mart
myNEWS
MBG Fruit Shop
Urban Marketplace
Antaraduit
Jags Money

Kedinamikan bangunan menjadi antara karakter utama Ombak KLCC. Ruang di sini dirancang untuk boleh diubah mengikut masa menerusi program, acara dan aktiviti yang menghidupkan suasana. Pendekatan ini untuk mewujudkan pengalaman yang tidak membosankan dan untuk sentiasa menawarkan sesuatu yang baru untuk diterokai. Dalam masa sama, pelbagai aktiviti tersebut boleh dianjurkan untuk menghubungkan komuniti dengan ruang bandar menjadikan Ombak KLCC sebuah destinasi sosial yang sentiasa berkembang. Antara tarikan utama tentunya Galeri Petronas yang telah siap berpindah daripada Suria KLCC. Selain itu, ruang rooftop yang cukup luas sesuai untuk dijadikan pusat pelbagai acara dan aktiviti diadakan.

Sebagai sebuah destinasi urban tidak lengkap tanpa kemudahan akses yang baik. Ombak KLCC menawarkan ketercapaian menerusi rangkaian pengangkutan awam. Ini termasuklah MRT di samping laluan pejalan kaki yang menghubungkan pelbagai ruang di sekitarnya. Stesen MRT yang terdekat sudah tentunya MRT Persiaran KLCC dan MRT Conlay-Kompleks Kraf. Selain itu, kemudahan ke LRT Ampang Park juga hanyalah 500 meter yakni sekitar lima minit berjalan kaki
Kemudahan parkir turut melengkapkan pengalaman pengunjung yang lebih memilih untuk memandu ke sana. Gabungan pelbagai pilihan mobiliti ini menjadikan Ombak KLCC lebih mudah diakses daripada pelbagai arah. Perkara ini sekali gus menyokong kedudukannya sebagai destinasi gaya hidup yang terus tercapai buat semua.

Gambar daripada: Ombak KLCC
Dengan gabungan seni bina yang tersendiri, lokasi strategik, kepelbagaian penawaran, ruang yang dinamik serta akses yang mudah, Ombak KLCC membawa sebuah pendekatan baru terhadap kehidupan urban bandar Kuala Lumpur. Ia berpotensi menjadi destinasi baru membeli-belah, bersantap dan ruang yang mempertemukan pelbagai golongan manusia, menerokai pengalaman bersama dan budaya dalam satu landskap urban yang sentiasa terjalin.