LANGGAN

Temu Bual Bersama Omar Sy, Rakan Jenama Jaeger-LeCoultre

Bicara Omar Sy, rakan jenama Jaeger-LeCoultre tentang karier dan seni kraf jam tangan.
Published: August 25, 2026
Omar sy

Gayanya distingtif dengan keperibadian daya penarik, menjadi atribut utama pemilihan sebagai rakan jenama atau Friend of the House Jaeger-LeCoultre. Omar Sy, pelakon yang mengukir nama dalam persada sinema Perancis serta antarabangsa menempatkan dirinya sebagai insan berpengaruh buat generasinya. 

Seorang yang mencintai dunia seni kehalusan pembuatan jam tangan, Omar Sy menjelaskan bahawa jam tangan bukan sekadarkan satu aksesori. “Ia adalah tentang jalinan hubungan antara diri dengan masa, disiplin serta ekspresi kendiri. Ada kecemerlangan yang tersirat menerusi ketikangan kraf Jaeger-LeCoultre dan kecermatan kerja tangan yang menghuraikan ketelitian ciptaannya.”

TEMU BUAL BERSAMA OMAR SY

Omar sy

‘French Lover’ menandakan kekembalian anda ke arena komedi setelah puas membintangi filem aksi dan drama. Apa yang membuatkan kekembalian ini sangat bermakna?
Perasaan kembali ini serasa natural kerana arena komedi adalah permulaan saya. Apa yang menarik perhatian saya adalah menerokai komdei menerusi lensa pengalaman. Pabila pengalaman menggunung, kita ‘mengendong’ emosi yang berbeza dan tanggungjawab menjadi lebih besar. Filem ‘French Lover’ membenarkan unsur humor yang beriringan dengan vulnerability seseorang. Detik beginilah yang saya kira melucukan, kerana mereplikakan dunia sebenar manusia. 

Anda adalah Penerbit Artistik ‘Lupin’. Tanggungjawab si sebalik tabir mengubah cara anda mendekati lakonan?
Sudah tentu. Berbeza dengan pelakon, sebagai penerbit, saya mendalami keseluruhan ekosistem – dari aspek penceritaan, audiens, ritma serta visi jangka panjang. Ia membangkitkan kesedaran dalam diri tentang keputusan kreatif yang diambil. Cabarannya adalah memikul tanggungjawab yang berbeza. Namun, ia mendorong saya untuk menghargai setiap kolaborasi dan setiap apa yang berlaku di sebalik tabir. 

Peranan anda melalui transformasi sepanjang karier. Apakah di antaranya yang yang menjadi titik tolak perubahan anda secara artistik? 
Sudah tentu, ‘The Intouchables’. Bukan hanya kejayaannya, namun mengubah cara orang melihat diri saya serta kebolehan saya sebagai seorang aktor. Perjalanan itu membabitkan proses pembelajaran, membuat persembahan, membuat kesilapan dan membina keyakinan. Tiada apa pun yang tercapai dalam sekelip mata sahaja. Bila hadirnya peluang tersebut, saya bersedia untuk menerimanya kerana pengalaman yang dirangkul sebelum ini. 

Omar sy

Anda berbicara tentang menghargai sesuatu yang mendukung makna menerusi rekaan serta nilai krafnya. Bagaimana falsafah tersebut mencerminkan pendekatan anda menerusi karya anda?

Butiran atau perincian sangat penting. Audiens mungkin tidak perasan secara tersurat, namun mereka boleh merasainya secara tersirat. Sama ada si jauhari yang mengenal sesebuah mekanisme jam tangan atau seorang pelakon yang mencorakkan persembahannya, terkandung komitmen terhadap keunggulan yang menjadi asas di sebalik kesempurnaan ciptaan itu. Saya percaya ciptaan yang sudah sempurna hasilnya bermakna ia lahir daripada kesabaran, kecermatan dan kehormatan buat sesuatu Kemahiran. 

Identity Jaeger-LeCoultre berlandaskan idea bahawa penguasaan sesuatu kemahiran terbentuk dan diasah dari semasa ke semasa. Adakah pendekatan itu selari dengan cara anda melihat perkembangan diri anda sebagai seorang pelakon dan penerbit?
Pengalaman mengajar saya untuk bersikap rendah diri. Segala projek umpama peringatan bahawa ada banyak lagi yang kita perlu pelajari. Kini, saya melihat kejayaan sebagai satu proses perkembangan dan menggalakkan saya untuk senantiasa memperhebat kerja. 

Apakah jam tangan lebih kepada objek reka bentuk, lambing ketukangan kraf atau yang dekat dengan keperibadian diri? 

Bermula daripada ketukangan kraf, yang lama-kelamaan menjadi sesuatu yang sangat peribadi. Jam tangan bertumbuh dengan anda menerusi pengalaman, pencapaian serta memori. Ia menandakan detik-detik dalam garapan yang terlalu peribadi. Semakin lama kita memakainya, ia kian menjadi sebahagian daripada kisah hidup anda. Itulah nilai emosi yang bertunas lebih daripada sekadarkan pencapaian teknikalnya. 

Jaeger-Le Coultre adalah tentang keseimbangan, antara tradisi dan inovasi. Bagamana hal tersebut diterjemahkan dalam pendekatan gaya hidup anda?
Gaya itu serupa kreativiti. Ia menjadi paling kuat pabila menunjukkan rasa hormat terhadap kedua-duanya. Tradisi memberikan kita asas yang kukuh dan inovasi mengajak kita maju ke hadapan. Saya tertarik kepada sesuatu yang berteraskan kesegaran, namun akur dengan pembaharuan. Matlamatnya bukan untuk memperlainkan tradisi dengan inovasi, namun adalah titik yang mengintegrasikan kedua-duanya. 

Omar sy
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down