
Daripada hari graduasi kepada temu duga pertama, majlis perkahwinan hinggalah makan malam bersama klien, sepasang sut yang ditempah khas boleh menjadi antara pelaburan gaya paling bermakna dalam perjalanan seorang lelaki memasuki alam dewasa. Di butik baharu SmartMaster di Menara 106, pengalaman menjahit sut sendiri membuktikan bahawa pakaian formal yang sempurna tidak semestinya eksklusif kepada golongan mewah sahaja.
Ada sesuatu tentang sut pertama seorang lelaki yang sukar diterangkan. Sebab itu bagi lelaki hari ini, sut pertama seharusnya tidak dilihat sebagai pembelian untuk satu acara sahaja. Ia adalah sebahagian daripada persediaan untuk versi diri yang bakal mereka jadi nanti. Dan di sinilah pentingnya sepasang sut yang mempunyai potongan tepat dan jahitan berkualiti.
Lebih Daripada Sekadar ‘Fit’


Dalam era di mana fast fashion menawarkan pakaian pada harga yang mampu milik, membeli sut dari rak kedai mungkin kelihatan sebagai pilihan paling praktikal. Namun formalwear mempunyai satu peraturan yang sukar dinafikan. Potongan yang baik mampu mengubah keseluruhan penampilan. Bahu yang tepat. Lengan yang tidak terlalu panjang. Seluar yang jatuh dengan sempurna. Bentuk pinggul yang mengikuti tubuh tanpa terlalu ketat. Perbezaannya mungkin kelihatan kecil, tetapi apabila semuanya disatukan ia mengubah cara seseorang membawa diri.
Sut yang baik tidak seharusnya ‘memakai’ seseorang. Sebaliknya, ia perlu membuatkan seseorang kelihatan seperti versi terbaik dirinya sendiri. Lebih penting, ia memberikan satu bentuk keyakinan yang tidak boleh dibeli melalui logo atau trend semasa.

Itulah antara pengalaman yang boleh diterokai di butik baharu SmartMaster di Menara 106. Ditubuhkan di Malaysia oleh master tailor Datuk Dickson Phang, SmartMaster telah berkembang selama lebih dua dekad daripada sebuah perniagaan jahitan tradisional kepada jenama menswear tempatan yang menawarkan pengalaman lebih menyeluruh. Daripada jahitan khas dan koleksi sedia-pakai kepada khidmat penggayaan secara peribadi.
Di sini, proses memiliki sut tidak bermula dengan memilih saiz S, M atau L. Sebaliknya, ia bermula dengan memahami siapa yang akan memakainya. Pilihan fabrik, warna, potongan, lapel, butang, poket dan pelbagai perincian lain boleh disesuaikan mengikut keperluan serta personaliti pemakai. Proses ini menjadikan sut lebih daripada sekadar pakaian formal. Ia menjadi satu bentuk ekspresi peribadi.
Tailoring hari ini semakin mudah didekati, khususnya apabila jenama tempatan seperti SmartMaster memperluaskan pengalaman jahitan kepada generasi baharu pengguna Malaysia. Ia bukan semata-mata mengenai memiliki pakaian yang mahal. Ia mengenai mendapatkan pakaian yang sesuai dengan tubuh, gaya hidup dan keperluan individu.