
Sepagian Ahad berhabis tenaganya bersama Burberry, bercengkerama di jalanan City of Angels. Titik pandang terhadap kosmos yang menjadi wadah tumpuan ini menebarkan rentak kontrasif dan melantas pada lensa pelukisan duta jenama globalnya, Bright Vicharawit. Dalam kobaran kelananya di Los Angeles, Bright menyorot kita kepada selengkap outerwear serta aksesori-aksesori musim baharu – dalam kot kereta dengan kolar House Check.

Tatacara gaya Bright digarap berasaskan atribut dirinya. Bright malah mengenakan juga wool pea cot berona biru kelasi bersama kemeja korduroi Dalewood.
Keributan di California menyemukakan lagi Bright dengan Pemain Bola Sepak, Son Heung-min. Apa yang bersemi adalah wujudnya satu perhubungan singkat antara dua individu yang bebeza. Mendukung perbezaan sebagai daya tarikan, kempen ini menjernihkan pemahaman tentang bagaimana fesyen menjadi bahasa peribadi kala menerokai kota yang sama namun tidak menolak dua kelainan ideologi.

Cereka Burberry ini bermula dengan anda menyandiwarakan aksi mengitari kota Los Angeles awal pagi. Bagaimana atmosfera pagi cerah dan santai anda pabila tidak telribat dalam sesi penggambaran?
Headphones on, coffee in hand, just walking around the city. Tiada perancangan tetap, cukup sekadarkan bercengkerama ke mana-mana sahaja. Saya suka menghabiskan waktu pagi yang serasa tiada gangguan lain.
Cereka ini dua rentak berbeza di dalam kota yang sama. Anda dan Son Heung-min berselisih, lalu tercetus suatu perhubungan. Sebagai seorang pelakon, penyanyi dan model, anda sendiri hidup dalam rentak yang berbeza-beza. Bagaimana anda memilih cara berpakaian yang serasi dengan setiap peranan?
Sungguhpun hari-hari saya padat dengan aktiviti, namun cita rasa gaya tetap konsisten. Saya gemar menyarung kemeja-T lusuh bersama seluar labuh longgar dan kasut but. Memadankan gaya tersebut dengan jaket berasaskan destinasi saya. Saya kenal apa yang sesuatu dengan diri saya dan selesa membawa gaya itu ke mana-mana sahaja.
Kota Los Angeles melatari kempen ini. Tatkala anda membangunkan karier bermula di Bangkok dan bergerak ke sejagat. Apakah helaian milik sendiri yang anda boleh pakai bersama Burberry, tetapi masih serasa berada di Thailand?
Antaranya adalah kemeja-T lama dan pudar milik saya. Kemeja-T tersebut kian menjadi lembut dan mendorong saya untuk senantiasa memakainya. Padankan dengan sepasang jaket Burberry, dibiarkan bergaya acuh tak acuh, and I’m good.
Burberry mengajak anda untuk mengendong prinsip “Same City, Different Rhythm” ke Bangkok suatu hari, di mana anda berada dan apakah yang anda akan pakai?
Saya akan berada di mana-mana sahaja Lokasi di kota Bangkok, menikmati sarapan pagi dan mungkin berbekalkan beberapa idea dalam kotak fikiran saya yang akan ‘dibawa’ ke studio kemudiannya. Saya akan memakai kemeja-T pudar, seluar labuh dan kasut but bersama jaket lightweight Burberry. Lengan baju disingsing dan gaya rambut pula dibiarkan tidak begitu rapi.
Untuk rakyat Malaysia yang beranggapan kot trenc terasa hangat pabila dipakai, pada pandangan anda, apakah helaian outerwear yang berbaloi untuk dimiliki?
Kerana saya berasal dari Bangkok, saya faham keadaan panas itu. Pakai sesuatu yang ringan, find a shape you love dan agayakan ia mengikut cara anda. Jaket yang bagus akan menyalurkan attitude tersendiri. Saya akan melabur untuk sepasang yang sebegitu rupa agar boleh dipakai bertahun-tahun lamanya – terutama sekali helaian yang masih elok lagi untuk dipakai, walaupun kelihatan sedikit beaten up.