Tommy Hilfiger menghimpunkan keluarga ‘Tommy’ daripada pelbagai cabang ‘F.A.M.E.S’ iaitu fesyen, seni, muzik, hiburan dan sukan bagi memeriahkan perlumbaan Formula 1® di Singapura. Daripada barisan artis, personaliti dan pencetus trend termasuk sensasi K-pop duta TOMMY JEANS, Jang Wonyoung, Jung Hae-in dan Jung Yong-hwa. Duta Jenama TOMMY HILFIGER, Fourth Nattawat, Pond Naravit dan Phuwin Tangsakyuen tampil menyarungkan helaian daripada koleksi TOMMY HILFIGER X Cadillac Formula 1® dan Fall 2026 sepanjang hujung minggu di Singapore Grand Prix.

Berpandukan naluri Tommy Hilfiger yang sekian lama menjadikan budaya pop sebagai sumber inspirasi, barisan personaliti ini mengubah kawasan paddock Formula 1® menjadi pentas fesyen tersendiri. Sekali gus mengukuhkan posisi paddock sebagai tumpuan gaya sepanjang acara berlangsung. Berteraskan warisan bersama yang meraikan reka bentuk ikonik dan kemajuan, koleksi ini membawa semangat perlumbaan yang bertenaga serta inovasi berani ke pentas global F1®.



Koleksi TOMMY HILFIGER X Cadillac Formula 1® Team Fanwear membawa estetika pasukan ke dalam siluet harian. Ini menerusi rekaan kolaborasi bersama serta helaian replika yang diinspirasikan oleh pakaian rasmi pasukan. Rangkaian ini merangkumi topi pemandu, kemeja-T dan polo yang dipertingkatkan dengan teknologi prestasi penyerap kelembapan serta perincian yang diperhalusi dengan teliti.



Transformasi Formula 1® menjadi fenomena global yang menggabungkan gaya, hiburan dan sukan telah berlangsung selama bertahun-tahun. Sepanjang evolusi tersebut, Tommy Hilfiger terus memperluas pengaruh sukan ini ke ruang budaya baharu, mengukuhkan hubungan antara dunia perlumbaan, fesyen dan budaya pop.