LANGGAN

Bersama Sid Murshid, Duta Thermomix® Malaysia Menghidupkan Kulinari Malaysia!

Rasa diperbaharui, tradisi dikekalkan. Bersempena Hari Merdeka!
Published: August 30, 2026

Sid Murshid dan Thermomix® Malaysia mengembalikan kenangan dan apresiasi kita buat warisan makanan Malaysia menerusi Malaysian Flavours Collection bersempena bulan kemerdekaan kita ke-69.

Seandainya mengirai 1001 pertimbangan, yang dicerap ke dalam minda, “Apakah perkara yang menyatukan kita semua rakyat Malaysia?” Jawapan konkrit adalah makanan. Makanan negara kita yang tak terbandingkan kehebatan, kesedapan serta kekentalannya dengan tradisi dan budaya. Makanan kita menitipkan atribut yang menjadi simbolik. Sehinggakan orang asing menaruh rasa suka bukan kepalang ke atas makanan kita. 

sid murshid

Selaku Pempengaruh Makanan dan Chef Selebriti, Sid Murshid yang juga duta Thermomix® Malaysia mengangkut kita ke pelestarian warisan makanan Malaysia – memperkenalkan Malaysian Flavours Collection, bersempena bulan kemerdekaan. Jelas Sid, “Koleksi ini bukan hanya tentang mencipta kembali kepada makanan-makanan yang kita familiar. Ia adalah tentang merayakan memori, berkreatif serta menegapkan kulinari tradisi kita.”

Malaysian Flavours Collection adalah sebuah kurasi resipi yang berilhamkan makanan-makanan yang datang daripada waktu kecil Sid Murshid di Muar, Johor. Sebuah acara yang berteraskan pengalaman immersive dan interaktif dianjurkan di Thermomix® Experience Store di Bangsar, bersama para tetamu untuk merasai sendiri koleksi resipi hasil air tangan Sid sendiri. Sid merealisasikan koleksi makanan ini dengan menggunakan Thermomix® TM7, yakni evolusi teknologi terbaru Thermomix dengan sistem masakan pintar serba lengkap. 

sid murshid

Temu Bual Bersama Sid Murshid

Dibersarkan di Muar, Johor membentuk identiti anda dan pendekatan terhadap makanan? Apalagi sebagai seorang chef?

Membesar di Muar sudah tentu mencorakkan pandangan saya terhadap makanan. Saya dikelilingi oleh makanan yang pelbagai rasa, baik makanan jalanan sehinggalah yang saya nikmati di rumah sendiri. Memori-memori tersebut tetap bersemat dalam ingatan saya sedari kecil sehinggalah dewasa. Segala masakan saya bermula daripada sesuatu yang familiar sewaktu kecil dahulu dan ia menyusur perkembangan. 

Apakah inspirasi di sebalik Malaysian Flavours Collection dan bagaimana anda memutuskan makanan serta cita rasa apa untuk menterjemahkan kisah anda?

Malaysian Flavours adalah koleksi resipi yang terbit daripada memori-memori makanan saya sendiri dan segala rasa yang mendewasa dengan diri saya. Saya beriltizam mahu menjadikan setiap resipi mencerminkan perjalanan cerita tersebut. Dari masa waktu kecil, berkumpul beramai-ramai di meja makan, ke makanan everyday comfort sehinggalah aspek evolusi cita rasa Malaysia. Contohnya, Apam Balik versi Sid Murshid dihasilkan dengan menggunakan Thgermomix TM7 yang menunaskan perasaan nostalgik, namun ada ‘kesegaran’ pada rasanya. 

sid murshid

Bagaimanakah anda memodenkan sesuatu resipi tradisional Malaysia seraya mengekalkan kehormatan pada rasa, teknik dan cerita di sebaliknya?

Kita perlu memahami dan menghormati hidangan asal terlebih dahulu. Sebaik sahaja kita faham apa yang membuatnya istimewa, barulah kita boleh mula bereksperimen dengan pelbagai teknik, tekstur atau olahannya. Saya suka mencipta sesuatu yang baharu, tetapi masih perlu ada sesuatu yang biasa dirasai untuk menghubungkan anda kembali kepada hidangan asal.

Adakah terdapat bahan, rasa atau hidangan Malaysia yang anda fikir wajar diberi lebih perhatian. Baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa?

Ulam kita sewajarnya mendapat lebih banyak pengiktirafan. Terutamanya ulam kampung yang memiliki rasa berunsur bunga, herba dan kesegaran yang sangat menarik, yang tidak selalu kita hargai sepenuhnya. Itulah salah satu sebabnya, saya memilih untuk menyatukan Ayam Percik saya dengan Nasi Ulam – yang merupakan salah satu resipi yang anda temui dalam koleksi resipi Malaysian Flavours. Ia adalah cara terbaik untuk menonjolkan rasa-rasa tersebut dalam hidangan yang masih terasa familair dan unik sebagai identiti Malaysia.

sid murshid

Menggunakan Thermomix TM7 mengubah pendekatan anda terhadap cara memasak dan perkembangan resipi?

Prosesnya lebih efisien. Kepelbagaian fungsi pada satu perkakas dapur membuatkan saya boleh bereksperimen dengan mudah, lebih-lebih lagi pabila saya menguji ia untuk mencapai tekstur serta rasa yang berbeza-beza. Saya begitu menghargai kejituan, konsistensi dan kesenangan dari aspek penggunaan Thermomix TM7, lantas ia menjadi elemen terpenting dalam menghasilkan makanan-makanan saya. Ia sememangnya menjimatkan banyak masa saya – antaranya, saya pernah mencuba untuk membuat dodol dengan menggunakan TM7 dan TM7 mampu memasak dodol tersebut dalam masa beberapa jam Sahaja. Bermakna, saya ada masa lebih untuk membuat persiapan dan menguruskan kerja-kerja lain!

Apakah perkara yang paling anda bangga tentang makanan Malaysia dan identiti kulinari kita?

Sudah tentunya kepelbagaian. Kita mempunyai begitu banyak budaya, tradisi dan cita rasa yang berbeza, namun semuanya bersatu untuk membentuk sesuatu yang amat unik dan tersendiri, sebagai identiti Malaysia. Makanan merupakan sebahagian besar daripada siapa diri kita dan saya rasa itulah sesuatu yang harus sentiasa kita banggakan, raikan dan terus diturunkan kepada generasi mendatang sebagai warisan. 

sid murshid

Jika anda memperkenalkan satu hidangan Malaysia kepada warga asing untuk memahami cita rasa Malaysia, apakah hidangan tersebut dan mengapa?

Sudah tentunya Nasi Ayam. Ia kelihatan ringkas, tetapi apabila disediakan dengan baik, terdapat begitu banyak lapisan cita rasa – daripada nasi dan ayam yang beraroma wangi sehinggalah sambal cili yang mengiringi hidangan ini. Ia juga merupakan antara hidangan yang dikenali dan digemari oleh semua orang, tanpa mengira latar belakang. Saya rasa, Nasi Ayam sudah cukup menggambarkan keunikan makanan Malaysia.

Jika Malaysia mempunyai national comfort food selain nasi lemak, apakah hidangan yang akan anda calonkan?

Sama seperti di atas – Nasi Ayam! Ia ringkas, namun cukup lazat dan mengenyangkan.

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down