LANGGAN

DEMI Cosmetics Kini Di Malaysia

Memperkenalkan empat rangkaian utama produk yang menggabungkan kepakaran sains Jepun dan keperluan penjagaan rambut profesional.
Published: August 31, 2026

Jenama kecantikan rambut dari Jepun, DEMI Cosmetics kini rasmi memasuki pasaran Malaysia. Ia berjaya dilakukan menerusi Beauty Garage Co., Ltd. selepas memeterai perjanjian pengedar eksklusif bersama NICCA CHEMICAL CO., LTD. Sebuah syarikat yang membangunkan DEMI Cosmetics.

Keberadaan produk DEMI Cosmetics di Malaysia dikendalikan menerusi anak syarikat Beauty Garage, BEAUTY GARAGE ASIA SDN. BHD., dengan produk ditawarkan melalui jualan di salon terpilih dan platform e-dagang.

Bagi kemunculan sulungnya di pasaran tempatan, DEMI memperkenalkan empat rangkaian utama yang memenuhi keperluan penjagaan rambut dan kulit kepala. DEMIDO memberi fokus kepada penjagaan kulit kepala, Flowdia pula menawarkan rangkaian rawatan dan penjagaan rambut profesional untuk kegunaan salon.

Flowdia MORE pula direka untuk penjagaan di rumah. Fokusnya adalah bagi membantu mengekalkan hasil rawatan salon, manakala Toiroction menawarkan pewarna rambut berpigmen tinggi dengan teknologi yang memberi perhatian terhadap perlindungan rambut.

WARISAN SAINS JEPUN

Sejak ditubuhkan pada 1981, DEMI membina reputasinya dalam industri kecantikan Jepun menerusi formulasi berasaskan sains yang dibangunkan khusus untuk keperluan salon profesional.

Antara teknologi yang menjadi sebahagian daripada identiti DEMI ialah penggunaan Egg Membrane Protein (EMP). Ia untuk membantu menyokong keadaan rambut dan kulit kepala.

Dengan lebih 1,200 produk profesional merangkumi kategori pewarnaan, rawatan, perming dan penggayaan, DEMI telah berkembang sebagai antara jenama yang dipercayai dalam industri kecantikan profesional di Asia.

Kini, pengalaman lebih empat dekad itu dibawa ke Malaysia bagi memenuhi permintaan terhadap produk penjagaan rambut profesional. Segalanya menggabungkan penyelidikan, teknologi dan kepakaran salon.

EMPAT RANGKAIAN UTAMA

Kemunculan DEMI Cosmetics di Malaysia dimulakan dengan empat rangkaian utama yang direka mengikut keperluan berbeza.

DEMIDO memberi tumpuan kepada penjagaan kulit kepala, dengan pendekatan berasaskan sains untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit kepala. Flowdia pula memberi fokus kepada rawatan dan penjagaan rambut di salon.

Bagi mereka yang mahu mengekalkan hasil rawatan di rumah, Flowdia MORE menawarkan rangkaian penjagaan harian yang melengkapi pengalaman salon. Sementara itu, Toiroction menggabungkan pewarnaan berpigmen tinggi dengan ciri perlindungan rambut.

DARI SALON JEPUN KE MALAYSIA

Pelancaran ini turut menyaksikan kerjasama DEMI Cosmetics dan Beauty Garage Malaysia bersama beberapa salon tempatan. Salon rakan kongsi ini menjadi antara yang terawal memperkenalkan rangkaian DEMIDO, Flowdia, Flowdia MORE dan Toiroction kepada pelanggan Malaysia. Sekali gus memberi peluang kepada pengguna untuk mengenali pendekatan DEMI secara lebih dekat.

Dengan menggabungkan pengalaman lebih 40 tahun, penyelidikan berasaskan sains dan kepakaran dalam industri salon profesional, DEMI Cosmetics kini membuka lembaran baru di Malaysia. Berdiri sebagai jenama penjagaan rambut dari Jepun yang menekankan prestasi, ketepatan dan hasil yang konsisten.

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down