LANGGAN

Golden Goose Yang Baharu, Berilhamkan HAUS

Golden Goose yang kedua, kini dibuka!
Published: September 24, 2026

Apa yang baharu di tengah-tengah kota Kuala Lumpur? Golden Goose membuka butik baharu yang kedua, kini berlokasi di Pavilion Kuala Lumpur.

golden goose

Golden Goose Berinspirasikan HAUS

Memenuhi hidup di metropolitan, menggarisbawahi tuntutan untuk menerokai apa yang baharu. Apalagi berhuni di pusat membeli-belah yang menjadi mercu tanda sebuah kemewahan. Lantas, mengenakkan pengalaman. Konsepnya pula menyenangi ilham HAUS dan mengutip estetika HAUS Marghera. Dan merupakan yang pertama di Malaysia. 

golden goose

Golden Goose yang baharu di Pavilion Kuala Lumpur beranalogi dengan konsep HAUS, mencerminkan identiti asalnya yang berpangkalan di Venice, Itali. Kali ini, kosmos Golden Goose beredar melewati Kuala Lumpur dan merangka hubungan bersama komuniti lokal – menjadikan butik baharunya seumpama lantai budaya, yang menyoroti dialog antara warisan Itali sebanding dengan budaya tempatan dan menjanjikan pengalaman immersive buat pengunjung-pengunjung. 

Butik flagship ini berkeluasan 160 meter persegi, menyuguhkan kita dengan seting kontemporari bercampur bahasa visual yang tersisip pencerminan identiti distingtif jenama ini. Langkahan masuk ke Golden Goose di Pavilion Kuala Lumpur merangkul pengunjung-pengunjung ke bahagian dalamannya yang merupa reka bentuk pustaka, dengan kemasan perabot kayuan yang sengaja nampak kasar buatannya. Kurasi rak buku sarat dengan hiasan-hiasan buku berserta objek-objek warisan.

golden goose

Teras elemennya adalah industrial vintaj bertemu kurasi maximalism dengan sifat eklektik. Tekstur serta butiran-butirannya mengangkat tema butik Golden Goose ini, disatukan lagi dengan penataan pencahayaan lembut. Mencadangkan atmosfera mesra serasa homey. Bertepatan dengan konsep ini adalah industrial character pada bahagian pintunya yang disempurnakan oleh pemegang yang diperbuat daripada gelas Murano – gelas yang mencerminkan identiti Venetian. 

Di tengah-tengah butik baharu ini terdapat ruang Co-Creation yang menyediakan pengalaman personalization bersama pelanggan dan merupakan identiti distingtif Golden Goose. Ia diselia oleh Dream Makers – sebarisan artis dan artisan in-house – yang membimbing pelanggan-pelanggan dalam personalize item mereka seperti sniker, pakaian sedia pakai atau aksesori, untuk mengekspresikan keindividuan. Dengan menambah butiran-butiran kristal, kulit, sued atau glitter. 

golden goose

Di samping itu, pojok Con Amore juga menjadi tumpuan butik baharu ini yang menampilkan khidmat gifting. Pojok ini diilhamkan daripada kedai bunga Itali, dengan ruang intimate yang menawarkan khidmat pembalutan hadiah dengan menggunakan custom paper, reben dan dasi. 

Topics:
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down