
Beralamat di Aras 2, Pavilion Damansara Heights, Massimo Dutti memperkenalkan stor terbaharu yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Menampilkan rangkaian lengkap koleksi lelaki dan wanita, ruang baharu seluas lebih 485 meter persegi ini hadir sebagai evolusi semula jadi identiti Massimo Dutti. Lebih daripada sekadar destinasi membeli-belah. Direka sebagai sebuah pengalaman imersif, kedai ini mempertemukan seni bina, reka bentuk dan fesyen dalam satu ruang yang harmoni. Sekali gus mencerminkan komitmen jenama terhadap seni pertukangan, kualiti dan keanggunan yang tidak lapuk dek zaman.
Material semula jadi seperti kayu, batu, kemasan mineral dan tekstil premium digunakan untuk membentuk suasana yang hangat serta sofistikated. Perabot rekaan khas digabungkan bersama pilihan karya seni dan objek dekoratif yang dikurasi dengan teliti memberikan karakter dan identiti tersendiri kepada setiap sudut ruang.

Lebih daripada sekadar ruang untuk mempersembahkan koleksi, stor baharu ini direka sebagai sebuah destinasi yang membawakan rasa tenang, autentik dan sofistikated. Integrasi antara seni, ketukangan serta objek terpilih menjadikan setiap ruang lebih bersifat peribadi, menggalakkan pengunjung mengenali dunia Massimo Dutti melalui pengalaman yang lebih intim dan penuh perhatian.
Konsep kedai terbaharu ini menyatukan seni bina, material, cahaya dan reka bentuk untuk mengekspresikan esensi Massimo Dutti. Setiap perincian menyumbang kepada satu naratif visual yang konsisten dan tersendiri.
Dibangunkan berdasarkan konsep stor paling maju dan cekap tenaga dalam rangkaian Inditex Group, ruang baharu ini turut menggabungkan pelbagai penyelesaian inovatif serta teknologi terkini yang menghubungkan dunia fizikal dan digital dengan lancar. Langkah ini mencerminkan usaha berterusan Massimo Dutti dalam memperkenalkan pengalaman membeli-belah yang lebih relevan dengan keperluan pengguna masa kini. Di mana fesyen, perkhidmatan dan teknologi bergerak seiring.

Dengan pembukaan ruang baharu di Pavilion Damansara Heights, Massimo Dutti sekali lagi memperlihatkan bagaimana kedai fizikal boleh berkembang menjadi lebih daripada sekadar tempat membeli-belah. Sebaliknya menjadi ruang yang menghubungkan fesyen, seni bina, teknologi dan pengalaman manusia dalam satu bahasa yang elegan. Buat peminat fesyen, Zara juga membuka stor baharu yang terletak bersebelahan kedai ini.