LANGGAN

Warta Aksesori: Apa Yang Menjadi Sorotan Bulan Ini?

Hebahan ringkasan gazet aksesori untuk lelaki.
Published: September 30, 2026

Daripada gazet Chanel Coco Crush ke inovasi Bvlgari, apa yang terkandung dalam sorotan aksesori bulan ini?

UNEXPECTED ENCOUNTERS


Babak baharu CHANEL untuk himpunan ikonik Coco Crush – menampilkan dua duta jenamanya, Wang Yibo dan Leah Dou. Château Marmont menjadi landasan saksi kepada penyatuan mereka saat bertamu di sana, lantas menghadirkan titik pertemuan yang di luar jangkaan. Mereka masing-masing berpaling, berlaga bahu serta menyandiwarakan gerak isyarat sebagai lambang permulaan baharu. Himpunan ini memelihara motif quilted yang mula diperkenalkan 11 tahun lalu dan disimbah rona emas krim, emas putih serta emas kuning. Rangkaian CHANEL Fine Jewelry ini menampilkan cincin, gelang tangan, subang telinga dan rantai leher sebagai penyempurna gaya.

EKSALTASI MEMUNCAK

Iterasi kegembiraan dan eksaltasi yang menggergasi digambarkan elok menerusi hala tuju Giovanna Engelbert untuk himpunan Swarovksi Musim Luruh/Dingin 2026. Rangkaian himpunan seperti Mesmera, Millenia, Hyperbola dan Idyllia menyoroti dedikasi kreativiti Giovanna yang mempamerkan siluet playful,bentuk-bentuk organik serta rekaan-rekaan versatil – yang memateri inspirasi daripada alam semula jadi, dunia fesyen dan pencahayaan.

PILIHAN ELLE MEN!

sorotan aksesori

Koleksi Panorama daripada Fope: ciptaan tambahan dalam famili novelty barang kemas Fope yang menampilkan gelang full rondel mewah. Rekaan ikonik flat-section mesh dipertingkatkan dengan susunan selang-seli emas rondel berkilau dan tatahan pavé berlian hitam, menyerlahkan permainan cahaya serta tekstur pabila digayakan. Estetika rekaan ini bersifat neutral, serasi untuk setiap jantina. 

EKOSISTEM DIGITAL

sorotan aksesori

Keunggulan inovasi yang mampu megidentifikasikan ketulenan atau keaslian. Bvlgari mentafsirkan semula pengalaman mewah dengan memperluaskan ekosistem Digital Passport untuk rangkaian barang kemas serta jam tangan. Ia diperkenalkan di Viva Technology 2026, inovasi ini membenarkan pemilik-pemilik untuk mengakses status ketulenan atau keaslian produk – dengan membekalkan maklumat, perakuan, waranti dan perkihdmatan personalisasi menerusi Bvlgari Touch App. Teknologi Aura Blockchain menguasai platform digital ini yang mengesahkan ketelusan dan kebolehkesanan. Ia malah memperkukuhkan sekali hubungan setiap kreasi dengan setiap pemiliknya dalam ruangan digital immersive yang melangkaui detik pembelian.

DARJAH KEMEWAHAN

sorotan aksesori

Kemewahan kontemporari yang mengintegrasikan inovasi dan kefungsian – inilah yang diperkenalkan oleh DeGem untuk himpunan DeGree. DeGree menghadirkan rekaan untuk kedinamikan gaya hidup moden, dengan menampilkan mekanisme carabiner inovatif yakni membolehkan cincin, subang telinga dan gelang tangan mudah disambung, disusun atau diubah suai mengiut kehendak tersendiri. Ia dihasilkan daripada emas putih dan emas kuning 18 karat, serta dihiasi delima dan nilam yang memukau. 








 

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down