LANGGAN

Kempen Sorted Lah! IKEA Malaysia Kini Berlangsung

Sebuah kempen penganjuran untuk membantu rakyat Malaysia mengorganisasi barangan di rumah.
Published: October 15, 2026

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, rutin mengemas rumah bukan hanya tentang keperluan menyusun dan mengorganisasi barangan. Ia juga turut melibatkan usaha mencari tempat untuk menyusun segala-galanya termasuk barangan yang menyimpan kenangan tersendiri. Daripada kepingan foto-foto lama dan hasil karya anak-anak hinggalah barangan lama keluarga yang diwarisi turun-temurun. Tentunya ada sahaja barangan yang sukar dilepaskan atau dibuang meskipun ruang penyimpanan di rumah semakin terhad. Melihat keperluan ini, IKEA Malaysia memperkenalkan kempen Sorted Lah! sepanjang Oktober ini. Ia dianjurkan bagi mengajak rakyat Malaysia memanfaatkan ruang kediaman dengan lebih baik. Seterusnya mengorganisasi barangan tanpa perlu memiliki rumah atau pindah semata-mata ke kawasan yang lebih besar.

Tema Penganjuran Kali Ini

Berteraskan tema A Place for Everything and Everyone, IKEA Malaysia mengetengahkan pendekatan penyimpanan yang mengambil kira keperluan setiap penghuni rumah. Bermula daripada golongan tua, dewasa hinggalah kanak-kanak. Inisiatif ini turut disokong oleh Indeks Susun Atur Rumah IKEA (IKEA Home Organisation Index) yang pertama. Sebuah hasil tinjauan yanh dilakukan terhadap 506 rakyat Malaysia.

Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa hanya satu daripada 10 responden merasakan mereka benar-benar memerlukan ruang yang lebih besar. Hal ini sekali gus memperlihatkan potensi untuk sentiaasa memperbaiki susun atur kediaman sedia ada melalui penyelesaian penyimpanan yang lebih praktikal.

Antara cabaran utama lain berdasarkan tinjauan merupakan keperluan menyusun barangan yang mempunyai nilai sentimental. Sebanyak 40 peratus responden menganggap barangan kenangan sebagai antara yang paling sukar diatur. Contohnya seperti foto-foto lama, hasil seni anak-anak dan barangan lama keluarga. Daripada menyimpan semuanya di dalam almari sehingga terlupa akan kewujudannya, penyusunan yang lebih terancang membolehkan barangan ini dipamerkan dengan baik. Selain itu semua barangan hasil seni dapat dinikmati sebagai sebahagian daripada kenangan kehidupan seharian.

Pada masa sama, usaha mengemas rumah turut melibatkan kepentingan keperluan setiap ahli keluarga. Seorang daripada tiga responden mendapati perbezaan rutin dan keperluan antara penghuni menjadikan urusan menyusun rumah lebih mencabar. Oleh itu, penyelesaian seperti cangkuk pada paras ketinggian kanak-kanak, rak yang mudah dicapai oleh warga emas dan ruang khas untuk menyimpan kunci berhampiran pintu boleh membantu. Keperluan ini menjadikan kediaman lebih teratur serta lebih mudah digunakan oleh semua.

Kesinambungan Kempen

Menerusi kempen Sorted Lah!, IKEA Malaysia mahu menggalakkan perubahan kecil yang mampu memberikan kesan kepada kehidupan seharian. Segalanya boleh bermula dengan satu laci kecil, satu sudut yang diubah suai atau satu bilik yang dapat dimanfaatkan segenap ruangnya.

Dengan pilihan penyelesaian penyimpanan untuk pelbagai saiz kediaman dan lebih daripada 1,000 produk yang ditawarkan pada harga kekal di bawah RM10, usaha mewujudkan rumah lebih teratur tidak semestinya memerlukan perbelanjaan besar. Sebaliknya, pendekatan ini memberi ruang kepada rakyat Malaysia berkreatif sambil mengekalkan barangan yang disayangi. Mereka juga boleh terus menjadikan ruang rumah lebih selesa, berfungsi dengan baik dan sesuai untuk setiap penghuninya.

Topics: ,
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down