LANGGAN

BOHOBOCO • Perfume: Bauan Emosi dan Kenangan Asal Poland

TROVE memperkenalkan BOHOBOCO • Perfume kali, pertama di Malaysia dengan 17 koleksi bauan.
Published: November 11, 2026

Landskap bauan minyak wangi sememangnya mempunyai cara kreatif tersendiri untuk mengabadikan dan mengangkat sesuatu cerita unik. Ada bauan yang mengingatkan kita kepada seseorang, ada bauan yang membawa memori sebuah tempat atau detik tertentu yang sukar dilupakan bersama. Berteraskan hubungan antara bauan dan emosi inilah, jenama niche dari Poland, BOHOBOCO • Perfume tampil dengan pendekatan kreatif menerusi koleksi haruman yang sarat dengan cerita peribadi.

Kali Pertama Di Malaysia

Diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia oleh peruncit kecantikan mewah TROVE, BOHOBOCO • Perfume diasaskan oleh Michał Gilbert Lach pada 2016. Bermula sebagai label fesyen terlebih dahulu, jenama ini kemudiannya berkembang cepat menjadi sebuah platform ekspresi kreatif. Ia membolehkan Michał bebas menterjemahkan pengalaman hidup dan emosi ke dalam bentuk bauan wangian.

Minatnya terhadap dunia perfumeri bermula seawal 2012 apabila dia menghasilkan komposisi haruman pertamanya. Sambutan positif yang diterima menjadi pencetus kepada penghasilan koleksi yang akhirnya berkembang menjadi BOHOBOCO • Perfume seperti yang dikenali hari ini.

Menariknya lagi, setiap wangian dalam koleksi ini membawa naratif tersendiri yang berakar daripada memori, pertemuan dan pengalaman paling bermakna buat Michał. Baginya, penciptaan minyak wangi bukan hanya menggabungkan nota aroma, sebaliknya usaha mencari kedalaman emosi yang mampu menghidupkan kembali sesuatu kenangan.

Bauan Pilihan

Antara wangian pilihan yang menyerlah merupakan VANILLA • BLACK PEPPER. Satu komposisi yang diperkenalkan secara rasmi pada 2016 sebagai penghormatan kepada haruman pertama ciptaan Michał. Gabungan bunga oren, rosebay, olibanum, mawar dan buah pala memberikan karakter tersendiri sebelum diakhiri dengan kelembutan vanila, lada hitam serta kayu cedar.

Bagi mereka yang menggemari kontras aroma, SEA SALT • CARAMEL menawarkan gabungan nota masin dan manis yang menarik. Kesegaran garam laut, lemon serta lada merah jambu membuka komposisi ini sebelum beralih kepada melati, daun bay dan rumpai laut. Sentuhan karamel masin, gula perang serta kayu cedar melengkapkan karakter haruman yang lebih playful dan mengasyikkan.

Sementara itu, WET CHERRY • LIQUOR didatangkan dengan karakter lebih sensual dan menggoda. Nota ceri dan likuoris membuka haruman ini. Ia diikuti strawberi, karamel serta mawar Turki sebelum disempurnakan dengan kayu cendana, vetiver dan tonka bean. Satu komposisi yang meraikan sisi kematangan dan keghairahan melalui gabungan aroma yang kaya.

Kreativiti Botol

Selain kandungan bau haruman, aspek persembahan turut diberi perhatian. Setiap botol menampilkan reka bentuk kubus minimalis daripada kristal yang membolehkan warna komposisi di dalamnya menyerlah apabila terkena cahaya. Penutup berbentuk kubus dengan kemasan baldu pula menambah elemen tekstur dan keunikan pada keseluruhan reka bentuk.

Kini, koleksi BOHOBOCO • Perfume boleh didapati secara eksklusif di TROVE Pavilion Kuala Lumpur dari 4 hingga 8 November sebelum diperluaskan ke semua cawangan TROVE. Koleksi ini turut boleh dibeli menerusi laman web trovemy.com, dengan harga RM980 bagi setiap botol Parfum 50ml.

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down