LANGGAN

Umpama Gedung Khazanah? Ucapkan Helo Kepada Escentials Yang Baharu

Umpama ruang penerokaan buat pengunjung-pengunjung!
Published: November 12, 2026
escentials

Escentials yang baharu dibuka di Mid Valley Megamall memperlainkan pengalaman anda kala berkunjung. Sejujurnya, rata-rata stor haruman agak mencabar. Memburu produk terbaik, dengan aspek pencahayaan yang menepis ajakan untuk menerokai setiap pojok. Inilah hal yang butik escentials baharu cuba untuk ubah.

Sambutan 25 tahun escentials, seiring pembukaan butik baharu

Sederap melangkah dengan sambutan umur jubli perak, butik haruman escentials yang baharu di Mid Valley Megamall menampilkan konsep yang cukup idealistik. Ia menyisi butik haruman yang lazim, sebaliknya menjadikan ia sebagai pelabuhan pengalaman yang membenarkan pengunjung-pengunjung untuk membaui, merasa, membangkitkan rasa ingin tahu dan penerokaan. Lapangan yang menjemput pengunjung-pengunjung menghayati detik penuh nikmat.

escentials
escentials
escentials

Kesengajaan butik haruman baharu ini direka sebegini rupa adalah untuk mencukupi permintaan klien-klien yang arif dalam hal memilih haruman.

Lima prinsip rekaan menjadi teras butik escentials baharu: kesederhanaan nilai elegan, binaan ruang terbuka, kecocokan antara jenama-jenama, susun atur penerokaan dan ritual yangf menjentik pancaindera. Citra-citra ini membangunkan kehalusan atmosfera tanpa menerbitkan keasingan serta menyerlahkan sifat kontemporari tanpa menyingkirkan kemesraan buat pengunjung-pengunjung. 

Apakah yang mengundang perhatian saat menjangkah masuk ke butik haruman baharu escentials? Rona kuning kemerah-merahan yang lembut meronai mukaan dalaman ke bahagian lantai sehinggalah ke ruang pameran tengah. Yang berlawanan dengan dinding-dinding berona putih gading neutral. 

Butiran-butiran lain seperti komposit berasaskan simen, granit, keluli brushed, loyang manik, kayu oak matte, kulit serta pencahayaan cast-glass mencerminkan mood sensual berbancuhan dengan kemewahan. 

Keunikan dirasai pabila mata berpusat kepada visual yang terbina di bahagian dalaman. Visual-visual ini menjentik kesedaran pengunjung-pengunjung untuk berhenti seketika dan meneliti setiap haruman. Lebih kurang 40 jenama haruman ditempatkan dalam butik ini dan setiap jenama ini punya pojok distingtif. Lantas, memberi peluang buat pengunjung-pengunjung untuk mengambil masa, membuat pilihan tepat ketika hendak membeli haruman. Kata kunci yang dipegang adalah ‘discover’ – pengunjung-pengunjung diumpamakan peneroka pabila menelusuri escentials. 

Malah, perunding-perunding di butik escentials ini juga bertindak sebagai ‘teman penasihat’, menggalakkan pengunjung-pengunjung berkongsi kehendak atau kemahuan mereka dalam memilih haruman. Dan ketepatan pemilihan tersebut bertunas kepada pelaburan yang sebetulnya. 

Topics:
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down