LANGGAN

Adidas Originals Rai Superstar: The Original Bersama Ikon Malaysia, Joe Flizzow

Superstar – Dari Gelanggang ke Budaya, Ikon Asal yang Kekal Abadi
Published: August 30, 2025

Meraikan legasi, ikon tempatan dan Superstar Spirit bersama Joe Flizzow dengan pop-up istimewa adidas Originals Superstar di Pavilion Kuala Lumpur.

Dicipta untuk bola keranjang, diangkat oleh perintis gaya jalanan, dan diilham semula oleh setiap generasi sejak itu, Superstar ialah ikon asal yang merentas perjalanan daripada sukan ke budaya. Selepas pelancaran kempen 'The Original' awal tahun ini, jenama dengan Tiga Jalur kini mempersembahkan bab seterusnya dalam platform globalnya, meraikan pengaruh perintis Superstar.

Kempen global ini menampilkan barisan suara asli dari pelbagai generasi: daripada pelakon legenda Samuel L. Jackson, penulis lagu dan penerbit pemenang pelbagai anugerah Missy Elliott, ikon papan selaju Mark Gonzales, bintang NBA Anthony Edwards, bintang hip hop multi-platinum dari Memphis GloRilla, penyanyi-penulis lagu Amerika Teezo Touchdown, ikon muzik global JENNIE, hingga model dan pelakon yang mencabar sempadan gaya, Gabbriette.

Joe Flizzow Dilantik Sebagai Rakan adidas Superstar

Temui warisan Superstar di adidas Originals Superstar Pop-up, dari 27 Ogos hingga 1 September 2025 di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur. Acara imersif ini bukan sahaja membawa kempen global Superstar Musim Luruh/Dingin 2025 ke Malaysia. Tetapi juga menyerlahkan pentas kreatif tempatan, diketuai oleh rakan kongsi baharu yang juga ikon Malaysia, Joe Flizzow.

Di Malaysia, kisah Superstar ditakrifkan semula oleh bakat tempatan. Seorang perintis sejati, Joe Flizzow diiktiraf luas sebagai godfather hip hop Malaysia. Perkongsian istimewa antara adidas Originals dan Joe Flizzow ini menandakan era baharu buat jenama serta budaya jalanan tempatan. Nilai Joe — keberanian, kebebasan ekspresi diri, ketabahan, dan komitmen kepada komuniti — sejajar dengan DNA adidas Originals.

“Superstar adalah tentang menjadi diri sendiri, berani menonjol dan memberi inspirasi kepada orang lain,” kata Joe Flizzow. “Saya bangga mewakili Malaysia dalam gerakan global ini dan berkongsi platform ini bersama gelombang baharu bakat tempatan.”

adidas Originals Superstar Pop-up

Rasai pengalaman Superstar lebih dekat di Pavilion KL Pop-up. Dengan persembahan kolaboratif daripada barisan artis tempatan termasuk Ismail Izzani, DOLLA, Lil J, Julia Duclos, Elva Suyan, dan Aziz Harun. Mereka akan menghidupkan semangat Superstar melalui persembahan langsung serta sesi interaktif.

Pengunjung juga boleh menantikan pelbagai aktiviti menarik seperti Superstar Soundbooth, pengalaman audio imersif dengan trek terpilih daripada artis kempen, serta permainan menyeronokkan seperti basketball shootout, Dance Dance Revolution, dan banyak lagi.

Pelanggan yang membeli kasut Superstar berharga RM569 atau Firebird Track Top dan Track Pants, masing-masing dari RM429 dan RM399, di kedai adidas terpilih. Termasuk Pavilion KL, The Exchange TRX dan lain-lain — akan menerima kopi percuma di Superstar Café serta kit khas untuk penyesuaian peribadi (selagi stok masih ada), lengkap dengan aksesori untuk memperibadikan kasut Superstar atau koleksi Firebird mereka secara eksklusif.

Di tengah segala-galanya, berdiri megah Superstar yang kembali dengan dua warna klasik, bersama Firebird Tracksuit ikonik. Superstar, dengan padding ditambah pada lidah dan kolar, mendefinisikan era ekspresi kreatif yang berpengaruh pada lewat 90-an. Menjadi pilihan utama artis, pemuzik, dan skater yang mendorong sempadan budaya. Melengkapinya, Firebird Tracksuit kekal relevan sejak 1967, terus diraikan oleh perintis gaya dan inovator muzik di seluruh dunia.

Ia hanya bermula dengan satu.

Sebelum lahirnya ribuan.

Superstar ialah mereka yang membina kumpulan, bukan sekadar mengikutinya.

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down