
Basics by Armani is back! Membuktikan estetika ringkas, keselesaan dan effortless masih utuh terasnya… biarpun selepas tiga dasawarsa.
Memintas masa ke 30 tahun, satu pelayaran buat jenama Armani. Retrospektif Armani membawa kita ke era 90-an yang merupakan detik ia mula diperkenalkan. Namun ia “tidak berbunyi” seketika dan tahun ini, ia dihidupkan semula. Basics by Armani kembali, menjunjung tutur ideologi yang sama dengan semangatnya, yakni meresap estetika Armani dalam kehidupan seharian.

Sinonim dengan A|X Armani Exchange, yang lahir di New York dan membibit tenaga yang serasa pantas serta penuh dinamik. Atribut-atribut kepantasan dan identiti New York diterjemahkan ke dalam seni pemakaian yang bersahaja, menggugah pengertian kita tentang pakaian itu bukan untuk hidangan mata semata-mata. Ia adalah tentang pergerakan, sikap dan jati diri si pemakai.
A|X Armani Exchange mencongak perkara-perkara ini menerusi Basics by Armani. Umpama menata permintaan bahawa pakaian harus ada tujuan, mudah digayakan dan sebagai medium ekspresi diri. Jenama yang berteraskan kata kunci 'asas' ini menyingkir enigma dan mengutamakan dua hal terpenting yakni autentik serta keselesaan. Apalagi seni pemakaian itu dijadikan sebahagian daripada kehidupan. Inilah visi yang dibangunkan oleh Basics by Armani.
Bagi merealisasikan pelukisan ini, jurugambar Mark Lukas Savage menghidupkan ia menerusi tangkapan imej-imejnya untuk kempen Basics by Armani. Kesempurnaan seting berlatarbelakangkan atmosfera studio, dengan rona neutral serta simbahan imej-imej hitam-putih, kempen ini benar-benar menghalakan pandangan audiens kepada apa yang tertera di hadapan. Yakni individu yang memakainya, keberadaan mereka dan personaliti masing-masing.
Mark mengunjungi arkib-arkib A|X dan Armani sekitar edra 90-an dan awal 2000-an. Dia mengutip rujukan tersebut, langsung digarap dalam lensa kontemporari. Imbasan semula ini mentafsirkan kod-kod yang terasa familiar dengan jenama Armani untuk diserasikan dengan bahasa kekinian atau kerelevanan, namun terus menegapkan attitude jenama tersebut – a style that belongs to everyone, created for everyday moments and shaped by the individuality of those who wear it.