LANGGAN

Sembang STAIL ELLE Men : Bersama Gajen Chandra

Bersama Gajen Chandra, pempengaruh dan pengasas jenama Chandra Skin!
Published: October 10, 2025

Mendewasa dengan arena pempengaruh. Ketika dunia menjanda didera oleh pandemik sedunia,  Gajen Chandra tidak melewatkan dirinya untuk bersandiwara dalam media sosial.  Dia tidak betah duduk diam.Menghasilkan kandungan-kandungan demi untuk mengaramkan kekelaman. “My account progressively started growing,” kongsi Gajen dengan kami. Ketika itu, Gajen masih lagi belajar dan berjinak-jinak membabitkan diri membuat kempen serta projek untuk jenama-jenama gaya hidup. 

gajen chandra

Berbantukan kreativiti dalam menghasilkan kandungan-kandungan media sosial, Gajen mendapat dukungan padu. Ia terus menyemangati dirinya untuk bersungguh-sungguh menjadi seorang pencipta kandungan. “Ia menguntungkan dan saya enjoy melakukannya,” sambung Gajen. Gajen juga memperkaya kefahaman tentang industri ini menerusi ilmu yang dia kutip sepanjang belajar di universiti. “Saya mengambil jurusan perhubungan awam. Makanya, ia banyak mengajar saya tentang asas bagaimana industri ini ‘berfungsi’.” 

Bicara Stail ELLE Men bersama Gajen Chandra

gajen chandra

ELLE Men : Bagaimana anda menentukan jenis kandungan yang ingin anda hasilkan?

Gajen Chandra : Saya tidak mempunyai niche dalam menghasilkan kandungan-kandungan media sosial. Saya sentiasa mencuba untuk menampilkan kepelbagaian. Seiring dengan berlalunya masa, saya menyedari apa yang mendatangkan kesan dan mengidentifikasikan apa yang audiens saya suka. If I were to boil it down, saya rasa kandungan-kandungan saya lebih terarah kepada komedi, gaya hidup, fesyen dan dunia grooming. 

Menyeimbangkan elemen humor, keterkaitan dengan audiens dan ketulenan dalam video serta personaliti anda di alam maya?

Ramai yang mengatakan personaliti saya berbeza di dunia realiti dengan dunia maya. Saya seorang yang agak introvert. Namun, sejujurnya, personaliti kelakar saya dalam dunia maya lebih kurang sama dengan watak saya IRL. 

Apakah antara cabaran terbesar yang anda hadapi ketika mula memasuki dunia influencer di Malaysia?

Pada awalnya, ramai yang mendakwa jenama-jenama fesyen serta grooming tidak akan memberi perhatian kepada saya, disebabkan ‘jenis’ kandungan-kandungan saya. Ia memakan masa untuk saya menonjolkan sisi saya yang lain dan membuktikan bahawa saya juga mampu untuk menempatkan diri dalam industri fesyen serta grooming. Selain itu, sifat saya yang introvert juga antara faktor lain mengapa sedikit sukar untuk saya memposisikan diri dalam industri ini. Namun, lama-kelamaan, saya adapt and loosen up. 

Okay, tentang dunia fesyen atau stail pula. Gambarkan kepada kami gaya peribadi anda dan apakah gaya anda berubah, bertumbuh dengan perkembangan karier?

Agak sukar untuk menggambarkan gaya peribadi saya. Tetapi, apa yang saya boleh katakan… gaya saya sedikit minimlaist, sedikit grungy. Sebelum ini, saya seorang yang adventurous dalam bab berfesyen dari segi mainan warna. Pabila sudah mendewasa, saya lebih cenderung untuk memilih rona-rona neutral dan cleaner silhouettes. 

gajen chandra

Siapa yang membuahkan inspirasi fesyen? Pereka fesyen, budaya atau pempengaruh lain yang menjadi rujukan anda?

Saya mencedok inspirasi berdasarkan everyday people yang saya lihat. Sama ada di jalanan atau posts dalam explore pages saya. Oh, pereka fesyen yang saya sanagat suka adalah Rick Owens. 

Bagaimana anda menggunakan ‘fesyen’ sebagai medium untuk mengekspresikan diri?

Sebagai seorang yang gemarkan tatu, saya suka mengenakan pakaian yang menyempurkan tatu-tatu saya - tatu-tatu ini sudah menjadi sebahagian daripada identiti saya. Ia mempamerkan ekspresi kendiri. Lantaran itu, saya suka memakai rona-rona neutral kerana ia ‘membenarkan’ tatu-tatu saya menonjol. 

Gaya atau pakaian pilihan anda pada hari penggambaran mencipta kandungan berbanding hari anda bersantai ketika tidak bekerja?

Ketika menghasilkan kandungan, saya suka dress up a bit. Terkadang saya hanya menggayakan sesuatu yang serba ringkas, namun mempertingkatkan rupa dengan tambahan aksesori-aksesori. Kalau hari off-duty, saya akan memakai sesuatu yang cukup sekadarkan selesa. Tetap ada satu persamaan… saya tetap akan mengenakan rona-rona neutral. 

gajen chandra

Pandangan anda tentang perkembangan fesyen di Malaysia.

Sejujurnya, saya rasa orang-orang Malaysia sudah mula reti berfesyen dan berani bereksperimen. Sungguhpun iklim negara kita panas. Namun, saya menyedari keberanian itu berkecambah dan mungkin satu hari nanti, akan wujud identiti fesyen Malaysia. 

Menyentuh fasal jenama kecantikan anda yakni Chandra Skin. Bagaimanakah penjagaan kulit dan fesyen saling melengkapi antara satu sama lain dalam cara anda mempamerkan imej diri di alam maya?

Saya rasa penjagaan diri amat penting, terutamanya apabila tampil di hadapan umum atau bahkan dalam kehidupan seharian. Tiada gunanya berpakaian cantik jika tidak menjaga penampilan diri dengan baik. Menjaga kulit, badan dan rambut sama pentingnya dengan berpakaian menarik apabila ingin menampilkan versi terbaik diri kita. 

Mengapa anda mahu memunculkan jenama Chandra Skin ini?

Semuanya bermula daripada obsession saya terhadap lip balm. Saya mempunyai bibir yang sangat cepat kering. Saya agak cerewet dalam hal memilih lip balm, kerana masih belum menemui yang benar-benar seimbang dari segi hidrasi, kelembapan dan warna. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menghasilkan lip balm saya sendiri.

Kredit gambar : daripada Instagram Gajen Chandra

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down