LANGGAN

Mesti Milik: Salomon XT-6 Sebagai ‘Staple’ Dalam Gerobok Kasut Anda!

'Trailblazer, the uncommon' - manifesto Salomon XT-6
Published: June 3, 2025
Salomon

Pencinta sniker berhimpun! Kemunculan serangkaian kasut yang rekaannya bati benar dengan cita rasa urban, berbancuh dengan prestasi, sukma kesukanan, keselesaan dan siluet bold. Jenama Salomon menampilkan produk terbaik mereka – Salomon XT-6, baru-baru ini di The Exchange TRX, Kuala Lumpur. 

Asalnya, XT-6 diperkenalkan lebih sedasawarsa yang lalu, sniker ini dilabel sebagai kasut kegemaran atlet-atlet bertaraf dunia kerana prestasinya dalam mengungguli keadaan yang menguji cabaran. Malah sifat kasut ini yang mengoptimumkan pemakaian tidak menyempadani kepraktisan, apalagi bila dipakai secara kasual – pakai kala bertemasya, berjalan-jalan mengitari kota dan seumpamanya. 

Salomon

Seperti apa yang pernah ditulis oleh ELLE sebelum ini, Salomon adalah sniker “fashion-meets-function,” yang tidak hanya terhad untuk penggayaan sukan ski mahupun aktiviti outdoor lagi. Ia trendy, sehingga ditafsirkan sebagai ikon stail global.

Ketika pelancarannya di The Exchange TRX, Salomon turut mengeluarkan kempen manifesto yang dikhususkan untuk XT-6 yakni ‘Trailblaze, the uncommon.’ Babak ideologi ungkapan ini memerihalkan jenama Salomon yang mencari peneroka-peneroka kota mengharungi metropolis yang berimaginasi dalam mengubahnya menjadi pergunugan alps. Memimik kebergunaan XT-6 yang serasi untuk mendaki gunung, ia mengusik akal kita dengan suatu konsep berteraskan ‘pendaki bandar’ – semangat yang diperbaharui oleh para perintis!

Salomon

Salomon XT-6, Trailblaze, the uncommon 

Kasut yang dianggap sebagai ikon stail global ini mempertemukan prestasi, selesa dan rekaan berani dalam satu acuan. XT-6 dilihat sebagai simbol yang dirangkaikan dengan movement, stail dan dunia pengembaraan. Salomon merenda hajat untuk menyingkir sempadan, sebaliknya memperkenalkan ia sebagai kasut yang lebih sekadar untuk kegunaan bersukan sahaja. 

Topics: ,
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down