LANGGAN

Siapa Pakai Apa Di Met Gala 2026: Daripada Balenciaga Ke Saint Laurent 

Selebriti-selebriti lelaki di Met Gala 2026 dan tema seni masing-masing.
Published: May 6, 2026

Seperti apa yang Sigmund Freud huraikan dalam menteori seni, sebagai bentuk ekspresi bawah sedar. Berakar daripada visual yang menerbitkan pemikiran dan emosi, lantas mencetus selisih pandangan. Begitulah kita, kala mencongak apa selebriti-selebriti pakai di Met Gala 2026 kali ini yang berdakap dengan tema seni.

Subjektif dan berpandukan imaginasi. Terserah kepada kita, bagaimana mahu mencerakinkan satu-satu makna di sebalik pakaian yang kita lihat di Met Gala 2026. Seni mengusik minda. Suka atau tidak, nyala bicara respons itu menghidupkan ceritera Met Gala yang bertemakan ‘Costume Art’ yang beriringan dengan kod dress ‘Fashion Is Art’. 

met gala 2026

Tema tahun ini umpama ‘rekonsiliasi’ seni dengan pakaian. Barangkali bila sudah merentasi zaman yang bersilih ganti, seni itu sepertikan pudar dalam aspek pemakaian. The Met Museum, tempat suburnya gelombang seni, tidak mahu memenjarakan konsep itu dalam ‘ajaib-khanah’ lagi. Sebaliknya, bertunas kepada tema kurasi pameran utama serta aturan pakaian acara berprestij bulan Mei yang dinanti-nantikan.

Khabar yang bertiup tahun lalu tentang tema Met Gala kali ini menyedarkan kita tentang perkiraan hubungan seni dengan fesyen yang serasa perkara basic. Art and fashion? What’s new? Kurator institut kostum untuk The Met, Andrew Bolton membuahkan hasratnya mengunjungi tema ini kerana inilah waktunya untuk menilai kesaksamaan buat fesyen yang dilihat sebagai khazanah sejarah seni. Menghayati kepentingan seni dalam fesyen yang mencorakkan budaya.

Perhatian menjuju kepada undangan-undangan lelaki di Met Gala tahun ini. Usah cakaplah undangan-undangan wanita yang tak pernah kecundang dalam berekspresi. Undangan-undangan lelaki, bagaimana pula? Berbancuh rasa bila melihat pakaian-pakaian lelaki di Met Gala. Keterujaan itu mungkin tidak seragam dengan perasaan melihat undangan-undangan wanita – yang masing-masing hadir memperindah diri dengan berbekalkan penceritaan ; seperti Kendall Jenner berilhamkan arca klasik, Rachel Zegler yang merujuk ‘The Execution of Lady Jane Grey’ ; dan Madonna meniru aksi karya Leonora Carrington. 

Undangan-undangan lelaki mungkin tidak melewati harapan kita, namun ada juga yang kami anggap atau lihat sebagai ‘best dressed’ di Met Gala 2026.

Selebriti-selebriti lelaki di Met Gala 2026

met gala 2026
Connor Storrie menggayakan Saint Laurent – ceraian atas panjang Lavallière bercorak polka dot, bersama seluar berpinggang tinggi dan kasut but kulit. 
met gala 2026
Romeo Beckham menggayakan Burberry – tuksedo double-breasted hitam grain de poudre berlapel peak dan sut ini adalah berilhamkan jurugambar provokatif, Robert Mapplethorpe
Tyriq Withers menggayakan Louis Vuitton – kot hitam wool bersulamkan kristal berupa jatuhan air hujan, bersama kemeja organza sutera dan kasut but LV Rider
Rami Malek menggayakan Saint Laurent – skaf bersaiz besar daripada material faux-fur, kot double-breasted bersama seluar flowy.
Miles Chamley-Watson menggayakan KidSuper – sut diinspirasikan daripada karya seni KidSuper dan digabungkan dengan elemen sukan lawan pedang (asosiasi dengan Miles)
Jeremy Pope menggayakan Vivienne Westwood – jaket korset yang sarat sulaman manik, batu serta jemeki, daripada himpunan vintaj Vivienne Westwood
met gala 2026
Troye Sivan menggayakan Prada – kot panjang Shetland dengan kemeja polin, bersama selua jean efekdevoré dan kasut but koboi
met gala 2026
Hudson Williams menggayakan Balenciaga – jaket berkolar Torero Trompe-l’oeil dengan seluar berona sedondon dan cape panjang
Paul Anthony Kelly menggayakan Dior – tailcoat baldu berona merah kundang bersama kemeja tuksedo, seluar hitam dan kasut Derby
Colman Domingo menggayakan Valentino – jaket sifon berlisu berinspirasikan motif Harlequin dengan padanan seluar bersulam
Topics:
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down