LANGGAN

Phuwin dan PP Kritt Wajah Baharu Dua Jenama Fesyen

Dua bintang terbesar Thailand dilantik menjadi duta jenama.
Published: September 22, 2026

Perambatan daripada keperibadian serta atribut Loewe dan Gucci adalah dengan menyunting dua bintang asal Thailand sebagai duta jenama baharu. Phuwin untuk Loewe, manakala PP Kritt untuk Gucci. Lantas, menyuguhkan ketegapan rasa nan menghebatkan taklukan kuasa Asia di landasan antarabangsa.

Phuwin Mewajahi Loewe

Komitmen Phuwin, sementelahan kesejatian yang bertunas daripada keterlibatan dalam lapangan hiburan mendorong Jack McCollough dan Lazaro Hernandez memilihnya sebagai duta jenama Loewe. Bintang gen Z yang dilahirkan di Bangkok, Thailand dan baru menjamah umur 23 tahun ini mula menjadi perhatian segenap pencinta hiburan Thai pabila dia menata watak utama dalam ‘Fish Upon The Sky’ dan siri ‘Me And Thee’. Smenejak Phuwin menapaki lapangan ini, dia merengkuh bilangan pengikut yang ramai, sehingga mendatangkan jaya pada GMMTV. 

phuwin pp kritt

Menjejak hal menyunting Phuwin selaku duta global Loewe, apa yang terhubung adalah sebuah jalinan cerita tentang keingintahuan yang tiada bernoktah. Kehebatan Phuwin dalam berlakon, bermuzik serta menulis lagu dipandang sebagai ranah kreatif. Yang membiaskan atribut Loewe yakni sesuatu kraf bersatu dengan inovasi. 

“Apa yang paling saya kagumi tentang Loewe ialah dedikasi mereka terhadap seni pertukangan yang sebenar. Dalam dunia fesyen yang bergerak begitu pantas, mereka masih memilih untuk menghasilkan sesuatu dengan tangan, mengimbangi warisan sejarah dengan perspektif moden,” kata Phuwin. 

PP Kritt Beralih ke Gucci

Merentangi penggalan Demna Gvasalia di Gucci, mengangkut sekali rakan jenamanya PP Kritt. Setelah membangunkan kepercayaan, mencolok keyakinan dalam diri Demna, PP Kritt kini diangkat sebagai duta baharu Gucci!

phuwin pp kritt

Meraih populariti menerusi siri ‘I Told Sunset About You’ dan ‘I Promised You the Moon’, yang menjadi fenomena di kalangan pengikut setia BL, lantas mengekor pengembangan kariernya untuk bermuzik. Menghasilkan hit single seperti ‘Fire Boy’ dan ‘Oopsy Daisy’. Penampilan serta keperibadian PP Kritt mempertubikan kedudukannya dalam industri fesyen dan menjadi dukungan utama kepada pemilihannya sebagai duta baharu Gucci. Keaslian identiti PP Kritt, di samping gayanya yang kontemporari dan aspek dinamisme dalam berkreatif mencerminkan teras Gucci.

phuwin pp kritt

“Dilantik sebagai duta jenama Gucci adalah satu penghormatan besar. Saya teruja untuk memulakan perjalanan baharu ini dan meneroka idea serta perspektif baharu menerusi kreativiti Gucci. Seraya mengendong sekali personaliti, semangat serta pandangan saya ke alam Gucci. Saya berharap semua dapat mengikuti perjalanan ini dan bersama-sama saya dengan Gucci dan melangkah ke lembaran baharu yang penuh keterujaan ini,” kata PP Kritt. 

Topics: ,
Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down