LANGGAN

Sacoor Brothers Rai 35 Tahun Kegemilangan Di Pentas Dunia

“The Luxury of Being You”
Published: May 21, 2025

Label fesyen asal Portugal, Sacoor Brothers meraikan ulang tahun ke-35 melalui kempen transformatif dengan memperkenalkan logo dan slogan baharu, “The Luxury of Being You”.

Sacoor Brothers, jenama fesyen terkenal yang berasal dari Portugal meraikan kegemilangan di pentas dunia dengan sambutan ulang tahun ke-35. Dalam memberikan penghormatan kepada legasi jenama, pencapaian lebih tiga dekad ini memperkenalkan kempen transformatif yang mengadaptasi kepada estetika kontemporari. 

Memusatkan kepada evolusi logo Sacoor Brothers sendiri, ia akan menampilkan representasi artistik kepada lambang Greyhound yang meraikan sejarah dan aspirasi label. Malah ia bakal menjadi momen penting dalam menuju kemodenan pada identiti visual serta pengalaman beli-belah di stor. 

Dari Lisbon ke Pentas Global

Menaruhkan legasi lebih tiga dekad, label asal kota Lisbon ini cukup dikenali dengan gaya sofistikated dan kualiti nan premium. Ia diasaskan oleh empat adik-beradik lelaki yang bermula dengan sebuah butik yang mementingkan seni jahitan menswear. Lantas menjadi sebuah nama yang cukup dihormati dalam lapangan fesyen Portugal. 

Hari ini, ia terus meluaskan pengaruh global dengan barisan butik di Eropah, Timur Tengah dan juga Asia. Label ini turut sama menjadi pilihan personaliti antarabangsa seperti Patrick Dempsey, Irina Shayk, dan ikon sukan, Cristiano Ronaldo. Kolaborasi dalam dunia sukan juga diperkukuhkan dengan menggayakan pasukan bola sepak kebangsaan Portugal. 

Honouring the Past, Embracing the Future

Sejarah dan legasi menjadi teladan kepada pembaharuan ke masa depan. Lambang ikonik Greyhound disuntik dengan garis sleek dan lekuk dinamik sebagai simbol ketangkasan dan gerakan hadapan. Muka taip logo turut menerima sentuhan moden nan elegan, dalam merefleksikan semangat sofistikasi label. 

Dalam meraikan identiti, sisi autentik dan memperkasakan diri, Sacoor Brothers melancarkan slogan baharu “The Luxury of Being You”. Seperti jemputan untuk meraikan diri, ia mencerminkan kemewahan terbesar yang boleh dikecapi dengan hanya kekal menjadi diri sendiri. Slogan ini juga bakal menjadi inspirasi kepada peminat untuk terus mengekspresikan diri dengan penuh keyakinan. 

Share this article:
READ NEXT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down