LANGGAN

5 Restoran Masakan India Dengan Sentuhan Moden

Spice up your dining!
Published: September 9, 2026

Masakan India sudah lama sebati dalam landskap kulinari Malaysia. Kaya dengan rempah ratus, aroma yang memikat dan gabungan rasa yang kompleks, setiap hidangan hadir dengan karakter tersendiri. Jika anda ingin meneroka sisi lain masakan India atau sekadar mencari pengalaman gastronomi yang berbeza, ini adalah beberapa restoran masakan India yang wajar dimasukkan dalam senarai untuk dicuba.

Jhol Kuala Lumpur

Lokasi: The Met

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari

12:00PM - 3:00PM & 6:00PM - 11:00PM

Jhol Kuala Lumpur membawakan pengalaman masakan India kontemporari yang diterajui oleh Chef Gaurav Gupta. Mengambil inspirasi daripada restoran Jhol yang diperkenalkan di Bangkok, restoran ini memberi fokus kepada kepelbagaian gastronomi di sepanjang persisiran pantai India. 

Resipi warisan digabungkan dengan teknik masakan yang lebih diperhalusi, menghasilkan hidangan yang masih mengekalkan cita rasa asal tetapi hadir dalam interpretasi yang lebih moden. Setiap sajian juga mempunyai elemen penceritaan tersendiri menjadikan pengalaman makan di sini lebih daripada sekadar mengisi perut.

Le Mirch 

Lokasi: Avenue K Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari

12:00PM - 1:00AM 

Jika anda mencari tempat yang lebih santai untuk menikmati masakan India hingga lewat malam, Le Mirch adalah pilihan terbaik. Sesuai juga untuk makan tengah hari atau sekadar mengisi perut pada waktu lewat malam. Restoran ini menyajikan hidangan India yang kaya dengan rempah dan penuh rasa.

Nama ‘Le Mirch’ yang bermaksud ‘cili’ dalam bahasa Hindi mencerminkan karakter hidangannya yang berani, berempah dan penuh cita rasa. Lokasinya yang strategik di tengah Kuala Lumpur juga memudahkan anda untuk singgah menikmati sajian India tanpa perlu pergi terlalu jauh.

JWALA 

Lokasi: The Five @ KPD

Waktu Operasi: Selasa - Ahad 

12:00PM - 3:00PM & 6:00PM - 11:00PM

Namanya sendiri sudah memberi petunjuk tentang pengalaman yang menanti. Jwala bermaksud ‘api’ dalam bahasa Sanskrit dan restoran ini menjadikan elemen api sebagai sebahagian daripada persembahan kulinarinya.

Menggunakan tandoor khas yang direka untuk menghasilkan tahap pembakaran arang yang optimum, Jwala memberi fokus kepada teknik memanggang yang menonjolkan rasa, aroma dan tekstur setiap bahan. Di sini, proses memasak seolah-olah menjadi sebahagian daripada pertunjukan.

Coast by Kayra

Lokasi: The Starhill

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari

12:00PM - 10:00PM 

Coast by Kayra membawa anda ke pesisir Kerala tanpa perlu meninggalkan Kuala Lumpur. Restoran ini mengangkat konsep sea-to-plate yang diinspirasikan daripada pesisir Malabar, sebuah kawasan yang terkenal dengan landskap pantai, makanan laut dan penggunaan rempah yang kaya.

Gabungan hasil laut, rempah dan pengaruh masakan Kerala menjadikan Coast by Kayra satu pilihan menarik untuk mereka yang mahu mengenali sisi masakan India yang lebih berorientasikan laut.

Frangipaani 

Lokasi: Republik Damansara Heights

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari

11:30PM - 3:00PM & 6:00PM - 11:30PM

Untuk pengalaman yang lebih klasik, Frangipaani menawarkan masakan India yang mengambil inspirasi daripada era pemerintahan British di India. Restoran ini menggabungkan pengaruh sejarah tersebut dengan pengalaman santapan yang lebih elegan. Sesuai untuk makan tengah hari mahupun makan malam, Frangipani memberikan perspektif berbeza terhadap masakan India terutamanya bagi mereka yang ingin menikmati hidangan dalam suasana yang lebih sofistikated.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down