LANGGAN

Max Verstappen Kembali Raih Kemenangan Di Sepang!

The return of Max Verstappen!
Published: October 6, 2026

Selepas sembilan tahun, Max Verstappen kembali mencipta kemenangan di Litar Antarabangsa Sepang apabila pelumba daripada kumpulan Oracle Red Bull Racing itu menjuarai Formula 1® Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026. Kemenangan tersebut turut menjadi kemenangan pertama Verstappen untuk musim ini, menjadikan perlumbaan di Malaysia satu detik yang cukup istimewa buatnya.

Kembali Ke Puncak

Verstappen sudah menunjukkan rentak kompetitif sejak sesi latihan dan kelayakan. Namun, perlumbaan sebenar hadir dengan cabaran tersendiri apabila cuaca di Sepang berubah-ubah dan keadaan litar menjadi semakin mencabar.

Dalam situasi tersebut, Verstappen kekal tenang dan mengawal perlumbaan dengan baik. Walaupun perlu bekerja keras untuk mengekalkan kedudukannya, beliau akhirnya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama dan membawa pulang kemenangan yang dinanti-nantikan.

Kejayaan itu turut mengulangi momen manis Verstappen di Sepang pada 2017. Sembilan tahun kemudian, beliau sekali lagi berdiri di podium yang sama sebagai pemenang.

Trofi Dalam Louis Vuitton

Trofi kemenangan Verstappen turut hadir dalam gaya tersendiri menerusi Louis Vuitton Trophy Trunk. Direka khas untuk menyimpan dan mempersembahkan trofi perlumbaan, trunk tersebut turut dipamerkan sepanjang beberapa detik penting pada hujung minggu Formula 1 di Sepang.

Dihasilkan secara tangan di atelier bersejarah Louis Vuitton di Asnières-sur-Seine, Perancis, Trophy Trunk itu menampilkan ketukangan khas Maison. Selepas perlumbaan, inisial Verstappen turut ditambah pada trunk berkenaan, menyusuli nama pemenang 2025, Oscar Piastri.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down