LANGGAN

Mercedes-AMG GT 63 PRO & GT 63 4-Door Coupé Kini di Malaysia

DNA prestasi yang sama, dua pendekatan berbeza
Published: October 1, 2026

Sempena kembalinya Formula 1® ke Malaysia, Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé serta memberi gambaran awal mengenai all-new Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé. Dua model berprestasi tinggi ini membawa karakter AMG ke dua arah berbeza. Satu dengan kuasa V8 dan satu lagi menerusi teknologi elektrik generasi baru.

Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé Motorsport Collectors Edition

Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+

Dikuasakan enjin 4.0-liter V8 biturbo, AMG GT 63 PRO menghasilkan 612 hp dan 850 Nm. Dengan kuasa disalurkan menerusi transmisi AMG SPEEDSHIFT MCT 9G serta sistem pacuan All-wheel drive (AWD) AMG Performance 4MATIC+. Model ini mampu mencapai 0 hingga 200 km/j dalam hanya 10.9 saat sebelum mencecah kelajuan maksimum 317 km/j.

Direka dengan fokus terhadap prestasi di litar, model ini menerima sistem penyejukan yang dipertingkatkan, talaan aerodinamik baru dan brek seramik berprestasi tinggi. Penampilannya turut diperkukuh dengan forged wheel  AMG 21 inci, kemasan gentian karbon serta spoiler belakang tetap.

Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé

Melangkah ke era elektrik, all-new AMG GT 63 4-Door Coupé dibina berasaskan seni bina AMG.EA. Ia juga menggunakan tiga motor elektrik axial-flux yang menghasilkan kuasa sehingga 1,169 hp. Ia turut dilengkapi bateri berprestasi tinggi 800 volt dengan sistem penyejukan terus bagi setiap sel untuk menyokong prestasi berterusan.

Teknologi AMG turut diterapkan menerusi sistem AMG RACE ENGINEER dan AMG ACTIVE RIDE CONTROL bagi memberikan kawalan serta dinamik pemanduan yang lebih tepat. Menariknya, program AMGFORCE S+ membawakan pengalaman bunyi yang diinspirasikan oleh karakter V8. Melengkapkan pengalaman elektrik dengan sentuhan emosi yang sinonim dengan AMG.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down